Mulakanlah setiap pekerjaanmu dengan

بسم الله الرحمن الرحيم

55- Idea melayang

بسم الله الرحمن الرحيم

Walaupun ku tahu ku bukan untuk mu, namun akan ku pasti berada di sisi mu tiap kali ku diperlukan kerana aku yakin aku mampu berada di sisi pada waktu aku diperlukan....

Menarik juga tulis status 'YM' yang agak gila-gila seperti ini. Kadang kala dapat menghiburkan hati sendiri. Pernah juga ditulis seperti ini "Tiap kali ku merindui mu, air mataku pasti akan mengalir membasahi pipi... Tiap kali ku terkenangkan mu, mulutku manis dengan senyuman... Tiap kali ku mimpikan mu, tidurku pasti terganggu kerana risaukanmu....". Ramai yang tafsirkan status ini untuk si 'dia', tapi hakikatnya adalah bukan.

Kenapa ramai yang mentafsirkan status ym hanya untuk si 'dia' sahaja sedangkan selain si 'dia' masih ramai lagi yang lebih disayangi buat masa sekarang. Adakah kerana sikap dan sifat si penulis membuatkan orang berfikir seperti itu? Mungkin juga ada betulnya dan mungkin juga ada salahnya. Tidak semestinya sikap dan sifat seseorang menjadi petunjuk bagaimana cara dia berfikir kerana tidak ramai yang mampu membaca fikiran orang lain. Malah ada juga yang tidak tahu bagaimana dirinya sendiri berfikir.

Pernahkah pembaca sekalian terbayang seorang yang bijak pandai pada satu masa boleh menjadi gila, malah ada yang terlibat dalam budaya yang tidak elok. Pelik bukan? Orang yang bijak pandai mesti pandai berfikir mana yang baik dan mana yang buruk, tapi perkara yang sedemikian rupa masih berlaku. Orang kampung selalu berkata, "Don't judge a book by the cover." Walaupun bijak mana pun seseorang, kalau penggunaan otaknya secara songsang akan menyebabkan dirinya menjadi orang yang paling bodoh.
Walaupun mulutku mampu tersenyum manis, namun hatiku masih tiada yang tahu...
Walaupun cakap ku bernada gembira, namun perasaan ku belum tentu tenang...
Walaupun wajahku ceria setiap waktu, namun jiwaku mungkin gelisah...

Salahkah jika status 'YM' seperti ini? Pernahkah kamu semua fikirkan maksud setiap yang tertulis dalam kata-kata itu? Mungkin ada yang pernah dan ada juga yang langsung tidak ambil kisah. Kata-kata itu bukan hanya berlaku dalam diri penulis, malah masih ramai yang mengalami perasaan seperti yang digambarkan dalam status itu.

Ramai yang mampu tersenyum riang walaupun hatinya terguris malah mungkin hatinya hancur luluh. Kenapa? Kerana psykologinya bila kita senyum walaupun dalam keadaan sedih, lama-lama kita akan rasa gembira dengan sendirinya malah mengurangkan perasaan risau sesetengah orang yang mengambil berat terhadap diri kita.

Ramai orang tidak sedar, walaupun kawan rapat atau ahli keluarganya sendiri mempunyai masalah sedangkan mereka merupakan orang yang sangat mengenali antara satu sama lain. Walaupun bermasalah, seseorang itu masih mampu bercakap malah mampu ketawa tanpa sedikit pun perasaan sedih dengan masalah yang dialaminya. Sanggupkah kamu semua, jika masalah peribadi kamu diketahui ramai? Oh, tentu sekali tidak. Begitu juga kawan kita, malah ahli keluarga kita sendiri. Mereka tidak mahu masalah peribadi masing-masing diketahui ramai. Malah ada juga yang suka mengambil keputusan untuk mengatasinya seorang diri.

Pernahkah anda gelisah dan resah memikirkan sesuatu? Anda tipu jika anda bilang anda tidak pernah gelisah serta resah. Tapi anda tidak tipu jika anda mengatakan anda resah tapi anda berpura-pura ceria. Wajah yang ceria mampu mengelakkan anda ditanya pelbagai soalan yang mungkin akan memburukkan keadaan lagi. Jadi, berhati-hati jika berbual serta bersama dengan seseorang yang ceria, kerana wajah yang ceria membawa dua maksud yang amat berbeza. Sama ada wajah ceria itu memang 'pure happy' ataupun boleh juga dikatakan topeng kepada resah hati seseorang itu. Jadi berpada-pada dalam perbuatan harian kita.

Anda mungkin tidak faham apa yang ditulis, dan ada juga yang faham maksud yang tertulis. Maafkan penulis kerana penulisan ini agak berbelit-belit kerana semasa menulis, idea datang dan pergi melayang-layang seperti layang-layang ditiup angin. Akhir kata, terima kasih.

Salam Sayang.
Baca selanjutnya...

54- Pahit dan manis kehidupan

بسم الله الرحمن الرحيم

Hidup tidak selalu indah langit tidak selalu cerah. Ramai yang tahu perumpamaan ini tapi masih ramai yang tidak tahu menghayati maksud tersembunyi. Kita hidup sebagai makhluk atau juga khalifah di muka bumi ini perlulah percaya akan qada' dan qadar Ilahi barulah hidup kita akan tenang dan aman walaupun dihimpit dugaan serta ujian hidup.

Hidup bagaikan roda, ada masanya kita di atas dan ada masanya kita di bawah. Setelah sekian lama, kita pasti akan dibuang malah ada yang dibakar. Tapi ada juga sesetengah dikitar semula dijadikan sesuatu yang berguna. Itu semua bergantung kepada apa yang telah kita lakukan semasa kita bernyawa di muka bumi ini.

Air ada pasang surutnya, begitu juga dengan kehidupan harian kita. Mungkin hari ini kita menangis, mungkin esok hari kita ketawa. Tapi kita tidak tahu apa yang akan datang pada hari-hari seterusnya. Masihkah kita mampu ketawa atau kita akan basahi dunia yang penuh dugaan dengan titisan air mata kita? Tepuk dada tanya hati tanya iman.

Jadikanlah semalam sebagai panduan serta pedoman bagi kita untuk teruskan hidup pada hari esok. Telanlah segala kepahitan yang kita lalui kerana suatu hari nanti kita pasti akan merasa yang tawar itu terlalu manis. Kalau yang manis, apakah yang kita akan rasa? Fikir-fikirkanlah. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian kepada hambaNYA melebihi had yang mampu dihadapi oleh hambaNYA. Jika kita ditimpa ujian serta dugaan dalam hidup, usahlah merungut serta berkecil hati. Tabahkanlah diri menghadapi segalanya, insyaALLAH dengan bantuan dariNYA kita akan mengatasi dengan redha.

Usah kita lalai bila kita diberi kesenangan olehNYA kerana bila-bila masa kesenangan itu pasti ditarik balik. Jangan tunggu bila dalam kesempitan baru kita ingat akan NYA kerana perbuatan itu adalah perbuatan yang dikeji.

Salam sayang.
Baca selanjutnya...

53- Kadang-kadang

بسم الله الرحمن الرحيم

Kadang-kadang aku tidak mampu menjawab persoalan mu.. Kadang-kadang, tanpa ditanya, aku menyatakan apa yang dirimu tidak ketahuan... Kadang-kadang diammu membuatkan aku terfikir apa yang perlu aku lakukan untuk membuatkan dirimu bercakap...

Kadang-kadang aku tidak mampu menjawab persoalan mu...
Bukan aku tidak mahu menjawab atau menjelaskan kepada mu, tapi pada masa itu, aku sendiri tidak tahu apakah jawapan yang sepatut aku berikan kepada mu. Ku khuatir, jawapan yang akan aku berikan nanti akan mengguris hati mu. Ku juga risau jika jawapan yang ku berikan nanti tidak menepati kehendak mu... Maafkan daku...

Kadang-kadang, tanpa ditanya, aku menyatakan apa yang dirimu tidak ketahuan...
Bila ku lihat kedutan wajahmu bagaikan keliru dan tidak mengerti, ku terus bersuara mengurangkan kebuntuanmu itu. Ku tidak tahan melihat dirimu dibelenggu kebuntuan. Walaupun ku tahu, apa yang aku nyatakan belum tentu mampu menghilangkan kebuntuan mu itu.

Kadang-kadang diammu membuatkan aku terfikir apa yang perlu aku lakukan untuk membuatkan dirimu bercakap...
Ku gelisah tiap kali kamu membatu, kerana dirimu yang ku kenal tidak pernah membatu seribu bahasa. Apa yang ku tahu pasal mu, bila dirimu membatu, pasti dirimu dikelilingi masalah. Aku hanya mahu, biarlah kita sama-sama menghadapi masalah itu. Oleh itu, aku amat berharap agar kamu mampu bercerita dengan ku...
Baca selanjutnya...

52- Lestari-Mahligai dari air mata ku

بسم الله الرحمن الرحيم

Sekali sekala dengar layan lagu ni best gak kan??? Selamat mendengar...

Izinkan diriku meluahkan rasa
Maafkanlah aku andai kau terasa
Biar kupaparkan apa yang terjadi
Moga engkau tak ulangi

Sungguh tak kusangka kau berpaling tadah
Setelah lamanya menjalinkan cinta
Dalam diam-diam kau sudah berpunya
Tanpa aku menyedari semuanya

Aku mendoakan agar kau bahagia
Bersama si dia insan yang kau suka
Percintaan kita tak sampai ke mana
Setakat di bibir saja sayang

Kau bina mahligai dari air mata
Yang jatuh berderai di wajah sepiku
Hancurnya hatiku bisa tak terkata
Terhumban rasa diriku

Oh aduhai ku masih ingati
Janji manis dan saat romantis
Kau pintaku supaya setia
Akhirnya kau yang berubah

Oh tuhanku tabahkan hatiku
Temukan ku dengan ketenangan
Jiwa ini dibelasah rindu tetapi apa dayaku

Kucuba pejam mata tapi tak terlena
Kerana ku masih teringat padamu
Begitu payahnya nak ku melupakan
Pernahkah engkau fikirkan oh sayang...

Baca selanjutnya...