Days till our first baby


10- Jamuan Praktikal 4 (SEC 4) 09

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri kali ini sepatutnya ditulis hari khamis yang lalu. Jamuan makan-makan serta membakar ayam telah berlansung selama hampir 5 jam. Mengikut perancangan asal, jamuan itu sepatutnya dibuat sebelum peperiksaan akhir semester kedua bagi tahun 2009. Disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, jamuan tersebut terpaksa ditunda kepada khamis yang lalu, 26 Mac 2009 bersamaan 29 ربيع الأول(rabi'ul awal) 1430H.

Selepas tamat kuliah pada jam 1200, semua ahli praktikal bergegas keluar dari dewan kuliah untuk menjalankan tugas masing-masing bagi menjayakan jamuan yang pertama kali diadakan oleh praktikal 4.

Selepas solat zohor, pelajar lelaki telah berkumpul untuk sama-sama membakar ayam BBQ. Setelah hampir dua jam, semua ayam yang disediakan oleh AJK PEMERAM ayam siap dibakar. Ayam yang dibeli oleh Fahmi dan Meor serta Faiz adalah sebanyak 16 kg. Terima kasih kepada mereka bertiga yang terpaksa bangun seawal pagi untuk ke pasar bagi mengambil ayam tersebut.

AJK mencuci ayam juga penulis ucapkan ribuan terima kasih kerana sanggup mengorbankan waktu petang untuk mencuci ayam yang dibeli di rumah Faiz. Ramai yang ringan tangan membantu membersihkan ayam-ayam itu.

Tugasan memeram ayam tidak lain tidak bukan, ratu masak Farhan. Terima kasih dengan idea untuk membuat jamuan ini.

Selesai kerja membakar ayam, pelajar lelaki menunggu ketibaan pelajar perempuan selepas solat asar. Kedatangan pelajar perempuan yang membawa pelbagai juadah makanan membuatkan kelaparan pelajar lelaki bertambah-tambah.

Selepas semua berkumpul, ketibaan Ustaz Ishak pula yang ditunggu-tunggu sambil melihat juadah yang beraneka ragam membuatkan semua pelajar tidak sabar-sabar untuk merasa semua juadah yang terhidang.

Selepas ketibaan Ustaz Ishak (Pegawai MARA Iskandariah), majlis bermula dengan ucapan alu-aluan dan ucapan sepatah dua kata dari Ustaz Ishak. Selepas itu, bacaan doa oleh saudara Muaz mengakhiri majlis ringkas itu sebelum menjamu selera.

Pelajar menjamu selera dengan gembira dan penuh rasa bersyukur.

Berikut adalah sedikit gambar kenang-kenangan jamuan yang pertama ini.

Juadah makanan


6 orang berkata-kata:

wallayahemmak said...

salam alayk tupek...=p
bley saye linkkan blog enta gak ke blog saye/ kalu buleh royak deh, kawe nok letak....hahaha!

wallayahemmak said...

btw, sedak make nuh..dapat rase satey jek, hak2!

niktaufik said...

syak....
mana mung jupo blog aku???

din said...

gile ahh...sedapnyaaaaaaa mknan...aku baru tgk ni haa

wakaka

niktaufik said...

seddap la jg....
paan y masak tue...

credit to paan lar

walla said...

hhahaha!!....
mane bleyh kabo ke mu...nie rahsie wordpress...=p

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits