Days till our first baby


2- Persahabatan, Ukhwah, Friendship

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi ALLAH,Tuhan sekalian alam, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi serta Maha Penyayang kerana masih memberi kesihatan jasmani dan rohani kepada si penulis, kelebihan Iman dan Islam serta kebahagian dan keamanan mental dan fizikal.

Semasa penulisan entri kali ini, si penulis sedang berada di Tanta di sebuah rumah pelajar tahun 3 Fakulti Perubatan, Universiti Tanta iaitu rumah Saudara Azhan pelajar dari Terengganu. Penulis menumpang di rumah saudara Azhan untuk satu malam sahaja kerana selepas ini penulis bercadang akan pulang ke Iskandariah.

Penulisan kali ini berkaitan Persahabatan, Ukwah, "Friendship" adalah kerana penulis mendapat idea bersempena program 'PERUBATAN Sport Day' yang baru sahaja berlangsung dan berakhir pada hari Jumaat yang lalu bersamaan 6 Mac 2009, 9 Rabi 'ul Awal 1430 Hijrah.

Program itu bermula seawal 0830 dan berakhir pada jam 2330 pada hari yang sama. Sebanyak 5 kontijen telah menyertai hari sukan tersebut iaitu Kontijen Iskandariah, Tanta, Kaherah, Zagzig dan tidak lupa kontijen tuan rumah iaitu Mansurah.

Tujuan hari sukan ini diadakan bukan semata-mata ingin bersukan, tapi ia adalah satu inisiatif PERUBATAN untuk mengeratkan persahabatan antara ahli malah memupuk semangat kerjasama berpasukan bagi setiap ahli. Di samping itu, ia juga salah satu cara untuk memotivasikan para ahli bahawa kepenting bersukan atau beriadah.

Banyak acara yang berlansung semasa program tersebut dan kira-kira semua acara disertai oleh setiap kontijen walaupun ia adalah kali pertama penyertaan dari Iskandirah. Sebelum ini, pelajar Iskandariah tidak dapat menyertai hari sukan ini kerana ketidaksesuaian masa kerana program ini berlansung pada atau sebelum peperiksaan akhir semesta bagi pelajar Iskandariah. Jadual pembelajaran yang berbeza dengan pelajar-pelajar dari universiti lain menyebabkan banyak program yang tidak dapat disertai oleh pelajar dari Iskandariah. Tapi pada tahun ini, alhamdulillah pelajar Iskandariah boleh turut serta dalam program ini yang mana berlangsung sejurus tamatnya peperiksaan akhir semesta.

Program seumpama ini telah menghimpun seramai 900 orang ahli dari setiap muhafazah (negeri) yang belajar di bumi Mesir ini. Ramai dari kalangan ahli dapat berjumpa sahabat-sahabat mereka yang telah lama tidak bersua tidak kira dari sekolah rendah, sekolah menengah, kolej mahupun satu kampung. Mereka bertukar-tukar berita dan cerita. Rata-rata gembira bila dapat berjumpa kenalan lama yang sudah lama tidak berjumpa. Itulah yang selalu dikatakan orang., "Sekali kita bersahabat/berkawan, seumur hidup kita akan bersahabat/ berkawan".

Penulis rasa amat bersyukur kerana dapat menyertai program ini. Di samping bersukan penulis juga diberi peluang untuk belajar dan memerhati serta menghayati bagaimana untuk menguruskan satu-satu program yang besar seperti Hari sukan ini. Inilah pengalaman yang penulis tidak akan lupakan.

Setelah tamat program hari sukan, penulis bermalam satu malam di Mansurah bagi mengembirakan hati dan menunaikan janji penulis terhadap sahabat penulis yang dikenali semasa berada di Mesir.

Penulis berterima kasih kepada saudara Aniq dan ahli rumahnya kerana sudi menjemput penulis ke rumah mereka. Tidak lupa juga kepada saudara Fatah kerana sudi memasak nasi himpit untuk penulis dan tetamu yang lain. Bagi saudara Ikhwan, terima kasih kerana memberi penulis menumpang tidur di katilnya dan buat saudara Syamil, terima kasih atas layanan yang diberikan. Penulis memohon maaf kerana sebab kedatangan penulis saudara Syamil terpaksa bermalam di rumah Syazwan semata-mata ingin mengosongkan biliknya untuk memberi ruang kepada penulis dan tetamu yang lain tidur.

Rancangan penulis selepas pulang dari Tanta adalah untuk ke Sinai ataupun Port Said. Arah tuju penulis yang terakhir adalah ke Kaherah untuk menziarahi abang-abang Azhari yang telah banyak membantu penulis semenjak penulis menjadi mahasiswa Mesir. InsyaALLAH..


"Dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang diperintahkan oleh ALLAH supaya dihubungkan dan mereka takut kepada Tuhannya" ( Ar-Ra'd:21)

0 orang berkata-kata:

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits