Days till our first baby


6- Peristiwa di Asrama MARA Iskandariah

بسم الله الرحمن الرحيم

Selesai kuliah hari ini, penulis yang telah lama tidak menjejakkan kaki di asrama Mara telah berjaya menapak ke sana dengan bersemangat. Selepas sahaja makan tengah hari, penulis terus bergerak menuju ke asrama tersebut. Asrama yang terletak hampir 1KM (anggaran kasar) dari kolej perubatan Universiti Iskandariah, membuatkan penulis terpaksa menapak hampir 15 minit.

Setibanya di asrama tersebut, penulis tergamam melihat perubahan yang telah berlaku. Hampir dua bulan penulis tidak menjenguk ke asrama, banyak perubahan yang telah berlaku dalam masa itu. Asrama lebih bersih dan kemas berbanding dahulu yang penuh dengan timbunan pasir dan batu. Alhamdulillah, sekarang bukan sahaja sedap mata memandang, malah ia mampu membuatkan penulis rasa ingin pergi lagi selepas ini. InsyaALLAH.

Semasa kunjungan penulis sebentar tadi, kelihatan pekerja-pekerja arab sedang membaik pulih kerosakan dalaman asrama. Hampir setiap bilik di aras satu dan dua mengalami kerosakan yang sama, iaitu cat dinding merekah. Pekerja-pekerja arab yang sibuk menampal dan mengecat dinding yang rosak langsung tidak mengganggu perjalanan hidup pelajar tahun satu yang menetap di asrama. Masing-masing mampu membuat kerja seperti tiada apa yang berlaku di bilik mereka, ada yang mengulangkaji pelajaran, ada yang menelefon keluarga, dan ada juga yang bermain permainan komputer. Malah, ada juga sesetengah dari mereka yang keletihan belajar di kolej mengambil kesempatan untuk tidur.

Penulis agak teruja dan kagum bila melihat pelajar tahun satu yang bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran bersama (study group) bukan sahaja di asrama, malah di mana sahaja tempat yang mereka boleh berkumpul. Alangkah gembiranya jika penulis dapat hidup seperti mereka yang tidak jemu berbincang dan mengulangkaji pelajaran bersama.

Bergurau senda dengan pelajar tahun satu sedikit sebanyak mengurangkan keletihan dan tekanan belajar. Sekali sekala dapat bergelak tawa dengan mereka membuatkan penulis hilang rasa jemu untuk terus hidup di tanah anbia' ini. Terima kasih pelajar-pelajar tahun satu yang sanggup meluangkan masa bersama walaupun hanya seketika. Penulis pulang ke rumah selepas selesai solat maghrib berjemaah bersama dengan salah seorang pelajar tahun satu yang tidak bernasib baik untuk menetap di asrama. Sebelum mengakhiri entri kali ini, izinkan penulis untuk berkongsi sesuatu yang menarik hati penulis semasa berada di asrama. Ia adalah satu ungkapan atau kata-kata yang mendalam maksudnya.



Mereka melaungkan:

Tidakkah aku memuliakan Muhammad yang mempunyai keagungan penolong manusia pada hari soalan.

Apabila dibentangkan titian ke atas neraka, hamba dibersihkan atas titian dengan berpanjangan.

Jika Nabi pemberi syafaat bagi kita, kita akan berjaya dari rantai-rantainya yang panjang.

Sekalipun kesalahan kita besar, yang beratnya seperti gunung.

Nescaya kita melintas titian tanpa dukacita, hingga ke tempat kekal bersama yang Maha Agung.

Apakah yang pembaca semua faham akan ungkapan ini? Nantikan huraian untuk ungkapan ini di masa yang akan datang.

0 orang berkata-kata:

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits