Days till our first baby


7- Peristiwa Yang Menyedarkan Dari 'Tidur'

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini merupakan hari Rabu. Hari ini adalah hari terakhir kuliah untuk minggu pertama semester kedua tahun ini. Kali ini, penulis ingin berkongsi sedikit cerita dan pengalaman yang penulis dihadapi sepanjang hari ini.

Penulis melihat ramai pelajar yang malu malah takut untuk berinteraksi semasa proses pembelajaran di dalam kuliah. Sedangkan masing-masing tahu kelebihan dan kepentingan berinteraksi dengan pensyarah semasa sesi pembelajaran. Tapi, gara-gara takut dan malu, ramai yang lemah untuk bersuara. Penulis bangga dan kagum dengan tindakan berani salah seorang rakan penulis bersuara. Semenjak dari tahun satu sampai sekarang, rakan itu tidak pernah malu untuk bersuara menjawab persoalan pensyarah-pensyarah yang mengajar di hadapan walaupun kadang-kadang ada juga jawapan yang diberikan itu tidak tepat.

Pagi tadi, semasa kuliah 'Microbiology', pensyarah banyak menanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan pembelajaran yang telah dua tahun berlalu. Pertanyaan itu bukanlah semata-mata ingin menguji daya ingatan pelajar, tapi hanya untuk membantu pelajar menambahkan ilmu pengetahuan. Penulis masih ingat ayat yang pensyarah katakan tadi, " This is just for improve and add your new knowledges.Not just by knowing the thing that we learn today"

Walaupun pensyarah sudah berkata demikian, tapi kebanyakan pelajar masih berdiam diri. Hanya beberapa orang sahaja yang mampu memberi cadangan dan idea yang baik untuk dijadikan jawapan kepada persoalan itu. Setiap cadangan dan jawapan itu diterima baik oleh pensyarah malah mampu membuatkan pensyarah itu gembira dengan interaksi itu. Itulah yang sebenarnya pensyarah itu mahu, berinteraksi dengannya semasa proses pembelajaran bagi memastikan pelajar memahami apa yang diajarnya.

Selepas tamat matapelajaran 'Microbiology', 'Physiology' pula menyusul. Entah kenapa, penulis bagaikan diberi tenaga baru untuk meneruskan sesi pembelajaran 'physiology'. Kebiasaannya matapelajaran sebelum ataupun selepas 'physiology', penulis pasti akan merasa agak letih dan kepenatan serta mengantuk. Tetapi, bila tiba matapelajaran itu, secara automatik, penulis menjadi segar bagaikan tidak pernah merasa letih. Mungkin kali ini, matapelajaran itu menjadi pilihan penulis. Penulis rasa bersemangat setiap kali mata pelajaran itu. Menurut sahabat-sahabat yang telah belajar untuk sistem endocrine, sistem ini amat susah dan banyak. Mungkin sebab itu penulis merasakan perlu lebih bersamangat untuk belajar.

Hari ini, entah dari mana datangnya keberanian penulis yang dahulu tidak pernah bersuara ketika kuliah telah bersuara untuk menjawab salah satu pertanyaan pensyarah. Penulis rasa bagaikan amat gembira bila dapat menjawab dengan betul, tapi penulis juga ada perasaan gementar dan takut jika jawapan yang diberikan adalah salah. Tapi penulis merasakan kelainan bila menjawab soalan itu. Bukan sahaja dapat memahami dengan lebih mendalam, malah rasa mengantuk dan letih serta merta hilang dan menjadikan penulis boleh menumpukan sepenuhnya untuk pembelajaran yang seterusnya. Itulah mungkin kelebihan berinteraksi dengan pensyarah semasa sesi pembelajaran. InsyaALLAH, selepas ini penulis akan lebih berani untuk bersuara semasa belajar, dan kepada pelajar-pelajar yang lain, janganlah kita takut untuk bersuara walaupun salah. Kesalahan itu akan membuatkan kita lebih memahami malah menambahkan ingatan kita tentang apa yang kita pelajari.

Selepas pulang dari kolej, penulis terpaksa menunaikan permintaan seorang sahabat supaya membelikan tiket kereta api untuk ke Kaherah pada pagi esok. Bagi menunaikan permintaan itu, penulis mengambil keputusan untuk singgah di stesen kereta api untuk membelikan tiket itu. Kali ini, stesen tersebut agak lengang dari kebiasaan memudahkan urusan pembelian tiket tersebut.

Pulang dari stesen, penulis terpaksa berjalan kaki untuk balik ke rumah. Rumah penulis yang terletak di tingkat sembilan menyebabkan penulis terpaksa menggunakan lif. Kali ini, penulis merasakan seperti sesuatu yang pelik akan berlaku dalam hidup penulis.

Setelah sampai di tingkat empat, lif tersebut tiba-tiba berhenti. Penulis pelik dan bingung. Kenapa lif berhenti sedangkan penulis tidak menekan butang 'stop'. Penulis cuba bertenang dan banyakkan berzikir agar penulis selamat dan tidak ditimpa apa-apa kemalangan.

Selepas lima minit terkandas dalam lif tersebut, penulis terasa bagaikan terhukum dan terus berfikir apakah penulis ada melakukan kesalahan hari ini? Pelbagai persoalan timbul, dari satu menjadi dua dan terus bertambah-tambah lagi. Penulis banyakkan beristighfar dan berselawat serta memohon keampunan dari yang MAHA SATU sekiranya ada melakukan kesalahan.

Keadaan lif yang kecil dan cerah dengan nyalaan lampu itu, membuatkan penulis terfikir, adakah kuburnya nanti akan cerah seperti sekarang, ataupun gelap gelita tanpa satu cahaya?? Aduh, seksanya hidup jika terkurung di tempat yang kecil. Walaupun bercahaya, tapi ruang yang sempit itu membuatkan hidup kita bagaikan terbatas. Terlintas juga di fikiran penulis, apakah kuburnya nanti lebih kecil dari ini, atau sama seperti keluasan lif ini, ataupun lebih besar sebesar lautan luasnya?? Bagi menjawab persoalan itu, penulis terus memikirkan adakah amal ibadat serta pergaulannya dengan orang di sekeliling serta hubungannya dengan YANG SATU mampu memberikan penulis ruang serta kecerahan yang selesa semasa berada di alam kubur nanti??

Alangkah sedihnya penulis bila menilai balik semua yang berlaku dalam hidupnya, penulis merasakan lebih banyak yang kurang sempurna dari yang paling sempurnya. Penulis rasa sebak dan amat sedih.

Dalam memikarkan semua itu, bawab ataupun penjaga bangunan yang diduduki penulis tiba untuk membuka pintu lif. Penulis rasa amat bersyukur kerana selamat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan. Bawab memberitahu penulis bahawa lif itu masih rosak dan perlu dibaiki lagi sekali.

Penulis amat bersyukur kerana terkandas di dalam lif seorang diri kerana ia mengajar serta mengingatkan penulis yang selalu lagha serta lalai. Syukur alhamdulillah.

Malam ini, penulis akan keluar lagi untuk menghantar tiket yang dibeli tadi ke rumah sahabat penulis.

Entri kali ini, tiada kena mengena dengan sesiapa. Penulis hanya ingin bercerita tentang pengalaman terkandas di dalam lif sahaja.

0 orang berkata-kata:

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits