Days till our first baby


8- Oh Ibu

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini penulis ingin menceritakan kepada pembaca tentang apa yang berlaku kepada diri penulis pada pagi tadi.

Selesai solat subuh, penulis berehat di atas katil lalu tertidur. Semasa tertidur, penulis bermimpikan satu kisah yang agak mengerikan dan menyebabkan penulis menjerit menyebut memanggil ibunya. Jeritan penulis yang kuat itu menyebabkan teman penulis terkejut lalu mengejutkan penulis.

Teman penulis bertanya kepada penulis, " Kenapa kau ni? Kau mimpi apa tadi sampai menjerit-jerit memanggil mak kau?"

Penulis yang tersedar masih lagi dalam keadaan yang agak letih dan takut dek mimpinya sebentar tadi tidak menjawab persoalan temannya itu. Perkara yang bermain difikiran penulis pada masa itu adalah, apa maksud mimpi yang dialaminya sebentar tadi.

"Apa yang aku mimpi tadi? Apakah maksud mimpi aku itu? Kenapa sampai aku menjerit-jerit memanggil emak aku?" itulah persoalan yang bermain di fikiran penulis.

Selepas beberapa ketika, penulis teringat bahawa penulis sudah lama tidak menghubungi emak dan ayahnya di kampung. Seingat penulis, kali terakhir penulis menelefon keluarganya adalah dua minggu yang lalu. Mungkin kerana itu, penulis mimpikan emaknya sebentar tadi.

Mungkin terlalu rindukan emaknya, ataupun emak penulis amat rindukan penulis menyebabkan penulis mimpikan emaknya. Peristiwa itu menyebabkan penulis rasa sedih dan bersalah dengan emak dan ayahnya. Hari ini, penulis berjanji pada dirinya akan menghubungi keluarganya. Mimpi yang dialami penulis menyedarkan penulis untuk menghubungi keluarganya.

P/S: Kepada para pembaca, janganlah kamu menjadi seperti penulis. Hubungilah keluarga walaupun kita tiada kelapangan masa. Sibuk sangatkah kita untuk meluangkan masa untuk bersama keluarga? Luangkanlah masa walaupun seminit untuk bersama keluar. Jika kekasih kita sanggup luangkan masa walaupun berjam-jam, tidak adil untuk penulis katakan jika kita tidak mampu luangkan masa yang lebih untuk bersama keluarga. Kata-kata penulis adalah untuk penulis sendiri juga, serta pembaca sekalian. Janganlah kita menunggu emak dan ayah kita menutup mata dahulu baru kita hendak luangkan masa bersama mereka. Tiada yang lebih penting melainkan keluarga kita. Walaupun kita beristeri, tetapi ibu kita adalah lebih penting dari isteri kita.

Janganlah kita menunggu emak dan ayah kita menutup mata
dahulu baru kita hendak luangkan masa bersama mereka.

4 orang berkata-kata:

AhmAd tAUfIk said...

tenQ kembar..

adus..

aku pn da lame xcall ni..

last week je la..

xpe2..

pasni klas, nk bli topup...

nk gayut...

^_^"

AhmAd tAUfIk said...

mintak izin...

nk wat bismillah gak kat awal2 tiap post..

bole kn..

tenQ

jgn mara tau...

^_^"

+akufobia+ said...

macam mimpi ngeri tapi best gak kalau selalu termimpi macam ni.baru la nak ingat parent kat rumah.kalau tak entah bila lagi la kan kita nak ingat parent kita.hu.kebusyan.hu.beri la diri ni peluang untuk luangkan bersama mereka walaupun sekejap.

AhmAd tAUfIk said...

maaf tlh membawa mamat fobia ni dtg cni

de mmg keje blog je..

^_^"

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits