Days till our first baby


11-Kedatanganmu, kehidupanmu dan pemergianmu

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini tepat jam 1430 selepas pulang dari solat jumaat, satu panggilan telefon dari abang penulis, mengkhabarkan berita yang agak menyedihkan penulis. Berita pemergian salah seorang ahli keluagaku yang baru setahun jagung membuatkan penulis merasakan amat sedih.

Penulis masih belum sempat bermain malah melihat dirinya tersenyum serta mendengar tangisannya. Penulis juga tidak sempat untuk menimangya seperti anak saudara penulis yang lain. Walaupun hanya beberapa bulan diberi oleh Maha Agung untuk dia hidup di muka bumi ini jika dibandingkan dengan penulis yang sudah mencecah umur 21 tahun, tetapi dengan ketetepan ALLAH, dia diizinkan pergi dahulu.

Penulis pasti akan rindukannya. Kepada pembaca serta penulis sendiri, ingatlah mati itu pasti dan ia tidak mengira umur. Bersedialah setiap masa untuk menghadapinya.

"ingatlah mati itu pasti dan ia tidak mengira umur. Bersedialah setiap masa untuk menghadapinya."

Marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepadanya serta berdoa agar dia ditempatkan bersama orang mukmin yang lain.

Nama: Ahmad Farhin bin Anuar@ Jamadullusyahaiza

Tarikh lahir: 05.10.2008

Tarikh meninggal: 03.04.2009 (jam 2000)

0 orang berkata-kata:

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits