Days till our first baby


12- Natijah, Keputusan, 'Result'

بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah sebulan tamat peperiksaan akhir semester pertama bagi tahun ini, maka keluarlah keputusan peperiksaan itu. Setelah berminggu-minggu ayat " Result keluar esok" didengari oleh semua pelajar di Iskandariah akhirnya ia keluar dengan nyata dan seperti yang dijanjikan pada hari sabtu yang lalu.

"Selepas panel discussion, anda keluar dari dewan kuliah, result anda sudah tertampal di luar dewan", itulah kata-kata pancing agar pelajar mengikuti panel discussion. Tapi lain yang berlaku, selepas 1 jam di'push' barulah result betul-betul terpampang di luar dewan kuliah.

Penulis dengan hati yang berdebar-debar berjalan menuju ke tempat keputusan itu ditampal. Perkara pertama yang dilihat penulis adalah mencari sama ada mengandungi kotak hitam atau tidak.

Alhamdulillah, itulah perkataan pertama yang keluar dari hati penulis apabila melihat ke semua petak di bahagian nama penulis bersih dari kotak hitam. Dengan penglihatan yang jauh, hanya itu yang mampu penulis buat.

Setelah mendapat peluang untuk melihat keputusan itu dengan lebih dekat, penulis agak kecewa dengan diri sendiri kerana mendapat keputusan yang agak kurang cemerlang. Tapi, itulah hasil yang telah penulis dapat setelah bertungkus-lumus berjuang selama sebulan untuk menghadapi peperiksaan itu. Penulis hanya mampu bersyukur dan tersenyum serta redha kerana itu semua adalah yang telah ditetapkan walaupun telah berusaha bersungguh-sungguh.

Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang mendapat nasib yang kurang baik, sama seperti penulis, marilah sama-sama berusaha untuk peperiksaan yang akan datang.

"Usaha+ Doa + Tawakkal = Cemerlang"

0 orang berkata-kata:

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits