Days till our first baby


13- Kehilangan

بسم الله الرحمن الرحيم

Selepas pulang dari asrama MARA pada jam 2330 semalam, penulis bersama dua orang kawan penulis singgah di salah satu kedai makan kerana salah seorang dari kawan penulis lapar. Selepas membuat pilihan dan mengambil makanan, penulis masuk ke bilik air untuk membasuh tangan. Semasa membasuh tangan, penulis menanggalkan cincin di tangannya untuk membersihkan keseluruhan tangannya.

Sedang menggosok tangannya, penulis terlepas cincin yang ada di tangannya itu lalu cincin itu terjatuh ke dalam lubang sinki dan terus hilang dari pandang mata penulis.

Cincin itu adalah cincin yang diberikan oleh emak penulis kepada penulis sebelum penulis menjejakkan kaki ke bumi Anbia' ini. Sebelum penulis, cincin itu dipakai oleh abang penulis yang bekerja di Perak. Boleh dikatakan, cincin itu adalah cincin keluarga penulis.

Kehilangan cincin itu membuatkan penulis agak bersedih. Kehilangan cincin itu juga memberikan seribu satu makna buat penulis. Semasa cincin itu dalam penjagaan penulis, ada seorang wanita yang pernah menyarungkan cincin itu di jari tengahnya. Setiap kali penulis memakai cincin itu, pasti penulis akan terus mengingati insiden cincin itu disarung oleh wanita itu menyebabkan penulis tidak mampu melupakan si penyarung itu.

Mungkin dengan kehilangan cincin ini, DIA lebih arif kenapa dan mengapa kehilangan itu berlaku. Tapi, bagi pandangan penulis, kehilangan cincin itu menyuruh penulis melupakan kisah lama dan jangan ulangi kisah itu lagi. Biarlah penulis mampu hidup sebagai seorang kawan atau sahabat kepada wanita itu.

Penulis masih mengharapkan wanita itu agar membiarkan kisah lalu pergi bersama kenangan, dan kita mampu menjadi sebagai kawan seperti biasa.

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلي الله عليه وسلم قال ؛ من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم ضيفه, ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليصل رحمه

(رواه البخاري )

Maksudnya: Daripada Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Sesiapa yang berimn kepada ALLAH dan hari Akhirat, maka muliakanlah tetamunya dan sesiapa yang beriman dengan ALLAH dan hari akhirat, maka sambungkanlah silaturrahimnya."

(Riwayat Bukhari)

************************************************************************************************

"BERJALAN PANDANG KE HADAPAN BUKAN KE BELAKANG"

3 orang berkata-kata:

walla said...

seronoknya mak yang pakaikan cincin.... mane bley jadi kawan biase jek ngan mak....kene kawan sungguh2, sayang mak betul2 tupek...hehe...

niktaufik said...

ada2 je syak...
mak ane laknye???
dh xjd mak dh...

huhuhu....
jd kawn je...

:D

nk cari mak baru, tp rasa cam awal lg...

hihihihihi:D

walla said...

erK.....bukan mak, ingatkan mak enta....huhu....tp cmner bley dyer pakaikan cincin? xsentuh2 ker.... hai tupek..., bahaye nie... xlame enta nie ana rase, hehe! =p

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits