Days till our first baby


14- Alhamdulillah..

بسم الله الرحمن الرحيم

Setalah sekian lama menunggu kemasukkan elaun untuk bulan ini, akhirnya hari ini semua pelajar tajaan MARA gembira dengan kemasukkan duit elaun bulanan itu yang telah sepuluh hari tertunggak kemasukkannya.

Walaupun begitu, masih ada pelajar yang mana elaunnya masih belum masuk lagi. Diharap agar pelajar yang belum mendapat elaun masing-masing mampu bersabar sedikit hari lagi.

Selepas tamatnya kuliah dan praktikal pada pagi tadi, pelajar berpusu-pusu menuju ke bank ABC untuk memeriksa wang elaun dan mengeluarkannya untuk membayar sewa rumah yang.

***************************************************************************************************

Setelah hampir sebulan peristiwa lama berakhir, penulis dapat merasakan ketenangan dan kegembiraannya kembali seperti sediakala. Penulis berharap tiada lagi gangguan emosi dalam menghadapi kehidupan di bumi Anbia' ini.

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ (٢) وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ (٣) أَمۡ حَسِبَ ٱلَّذِينَ يَعۡمَلُونَ ٱلسَّيِّـَٔاتِ أَن يَسۡبِقُونَا‌ۚ سَآءَ مَا يَحۡكُمُونَ (٤) مَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ ٱللَّهِ فَإِنَّ أَجَلَ ٱللَّهِ لَأَتٍ۬‌ۚ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ (٥)
سُوۡرَةُ العَنکبوت:5-2


Maksudnya: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu. Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


Kenapa semua ini terjadi? Mungkin ini adalah petunjuk dari yang MAHA MENGETAHUI untuk mengajar penulis erti sebuah kehidupan yang lebih bermanfaat. Terima kasih penulis ucapkan kepada yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam apa yang berlaku beberapa bulan yang lalu. InsyaALLAH, penulis akan pastikan tiada lagi kejadian yang hampir sama berlaku dalam hidup penulis.

Alhamdulillah penulis memanjatkan rasa syukur dengan setiap dugaan yang dilalui penulis dalam kehidupan yang sementara ini. Penulis juga bersyukur kerana masih diberi kekuatan jiwa dan rohani serta fizikal untuk menuruskan hidup sebagai khalifah di muka bumi ini.

Penulis juga memanjatkan rasa penuh kesyukuran kerana masih diberi peluang kepada ayahanda penulis yang genap umurnya 61 tahun pada beberapa hari yang lalu. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki ayahanda tersayang.

Ayah Tercinta



Semoga Panjang Umur Ayah

3 orang berkata-kata:

meorsoleh said...

selamat hari lahir juge pada Encik Bakri. semoga anak beliau dan kawan anak beliau berjaya dalam ape2 bidang yang diceburi... :D

niktaufik said...

insyaALLAH...
amin...

moga anak dia dan sahabat anaknya berjaya setiap bidang...

walla said...

ameeN Yaa RaBB!!...=p

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits