Days till our first baby


16- Hidup Bagaikan Musafir

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari selasa lalu, penulis bersama empat orang sahabat satu SC(Smart Circle) ataupun juga dikenali sebagai usrah telah berkumpul untuk mencari santapan rohani di rumah mentor iaitu Ustaz Zulfauzi di Assofirah.


Setelah berehat buat sementara waktu, usrah bermula dengan ucapan alu-aluan dari ustaz. Dalam ucapan itu, perkara yang ingin ditekankan oleh ustaz adalah bahawa penulis dan sahabat serta ustaz sendiri sudah terpilih olehNYA untuk berkumpul di rumahnya untuk meneruskan program SC anjuran PERUBATAN CAWANGAN ISKANDARIAH sebagai santapan rohani.


Selepas itu, usrah diteruskan dengan penerangan oleh ustaz tentang satu hadis, iaitu hadis ke 40 dalam hadis 40.


Maksudnya :
Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: "Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu". lbnu 'Umar r.a. pernah berkata: "Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu."

Riwayat Bukhari.

Antara pengajaran hadis yang diterangkan oleh ustaz kepada yang hadir adalah :

    (1) Kehidupan di dunia adalah kehidupan sementara, akhirat jua yang kekal abadi. Kerana itu, manusia
    diminta agar mengambil berat soal akhirat dan mengambil dunia seumpama seorang musafir lalu atau
    seorang dagang, yang hanya membawa barang keperluan di perjalanan, bukan membawa semua
    barang-barang.

    (2) Seorang mukmin tidak harus memanjangkan angan-angannya, kerana dia terdedah kepada
    panggilan maut pada bila-bila masa. Dia semesti sentiasa berwaspada menghadapi maut. Apabila pagi
    tiba, seolah-olah dia tidak akan hidup hingga ke petang dan apabila tiba waktu petang, dia merasa
    seola-olah dia tidak sempat menghirup udara pagi esoknya.

    (3) Larangan memanjangkan angan-angan dan gesaan agar hidup secara sederhana tidak bermakna
    lslam menghalang kemajuan dan kekayaan. lslam membenarkan penganutnya menjadi hartawan dan
    negara lslam menjadi sebuah negara maju tetapi dengan syarat menjadi seorang mukmin dan negara
    lslam yang bertaqwa. Kemajuan dan kekayaan adalah untuk Allah.


Selepas selesai menerangkan mengenai hadis tersebut, ustaz turut menceritakan akan hari akhirat seperti yang tersebut di dalam al-Quran. Cerita tersebut membuatkan penulis tersentak dan bagaikan gementar yang amat sangat. "Oh TUHAN, ampunilah dosa-dosaku." bisik penulis di dalam hati.

Selepas hampir 1 jam berusrah, para tetamu dijamukan dengan makan malam yang berlaukkan ikan goreng dan sambal tempoyak. Penulis yang sudah lama tidak makan tempoyak bagaikan teruja bila melihat tempoyak. Tapi , disebabkan penulis tidak suka makan banyak di rumah orang, penulis hanya makan sekadar untuk menjaga hati tuan rumah.

Selepas makan, siaran langsung bola sepak pula menjadi santapan ahli usrah. Sepuluh malam, ahli usrah terpaksa mengundurkan diri kerana takut terlewat untuk ke kuliah keesokkannya.

0 orang berkata-kata:

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits