Days till our first baby


18- Ahli Baru

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini, penulis mendapat satu berita yang menggembirakan. Kak Nor, kakak penulis yang ke empat akan melahirkan anaknya yang kedua. Katanya scan menunjukkan perempuan, tapi apa pun jantinanya, moga kak Nor dapat melahirkan anaknya yang kedua itu. Alhamdulillah bertambah lagi ahli baru dalam keluarga penulis. Selepas kehilangan seorang anak saudara hampir sebulan yang lalu, keluarga penulis bakal dianugerahkan seorang cahaya mata yang baru sebagai pengganti.

Hari ini, kak Nor banyak menasihatkan penulis agar lebih rajin dalam pelajaran. Pesannya juga, rajinkan solat hajat dan banyakkan membaca surah Luqman agar diberi kemudahan dalam pelajaran. InsyaALLAH kak Nor.

Kak Dah pula sudah membeli kereta yang baru kerana kereta lamanya yang kecil tapi ahli keluarga yang sudah bertambah. Alhamdulillah, semua ahli keluarga penulis hidup dalam keadaan yang bahagia.

Kak pula sedang sibuk memikirkan pelan rumahnya yang baru, nampak gayanya hidup keluarga penulis makin bahagia dan makin membesar. ALHAMDULILLAH.

"Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga
yang bahagia."

0 orang berkata-kata:

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits