Days till our first baby


19- Dosa Manusia

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam kepada semua pembaca budiman. Apa khabar semua? Harap semua sihat-sihat hendaknya.

Kenapa dengan tajuk entri kali ini? Dosa manusia. Malam ini penulis teringat semasa kecil dahulu kala bila berada di bangku sekolah, tidak kiralah sekolah rendah atau sekolah menengah, ustaz atau ustazah pasti akan berkata pasal dosa.

Masih terngiang-ngiang di telinga penulis kata-kata ustaz dan ustazah penulis, "Dosa kita ni ada dua. Pertama dosa kita dengan ALLAH S.W.T dan satu lagi dosa kita adalah dengan manusia."

Dosa dengan ALLAH.

Kita akan berdosa dengan ALLAH pabila kita melakukan larangan yang telah diajar oleh Rasulullah S.A.W. kepada kita. Meninggalkan suruhan dariNYA juga membuatkan kita berdosa dengan ALLAH. Tapi, tahukah pembaca budiman sekalian bahawa dosa itu semua pasti akan terhapus dalam tidak sedar. Setiap kali kita melakukan suruhan dan meninggalkan laranganNYA, dosa kita akan terhapus, tapi tidak semua dosa kita. Bila kita bertaubat, dosa kita juga akan terhapus. Sesungguhnya DIA MAHA PENGAMPUN. InsyaALLAH semua dosa-dosa kita akan terhapus dan diampunkan olehNYA sekiranya kita melakukan semua suruhannya dengan ikhlas.

Dosa sesama manusia.

Inilah dosa yang paling senang dan paling susah untuk diampunkan. Kenapa penulis berkata begitu? Cuba bayangkan, kita bersalah dengan seseorang, lalu kita memohon kemaafan kepada orang tersebut dan dia memaafkan kita, maka secara automatik dosa kita kepada orang tersebut terhapus. Senangkan dosa kita terhapus dan terampun.

Tapi kenapa pula penulis mengatakan dosa itu paling susah untuk diampunkan? Andai kata, anda, pembaca budiman ada membuat salah dengan seorang jiran sebelah. Contohnya, anda mengambil sesuatu miliknya tanpa izinnya itu adalah dosa anda dengan jiran anda. Selepas sekian lama kisah itu berlaku, anda lupa untuk memohon maaf dengannya sehinggalah satu hari anda teringat kisah itu. Tapi malang, jiran anda itu sudah berpindah ke tempat lain, ke tempat yang anda tidak tahu, bagaimana anda hendak memohon maaf darinya? Susahkan untuk memohon maaf dengan manusia. Contoh yang satu lagi, anda bersalah dengan dengan orang tua kepada kawan anda secara tidak sengaja. Anda mengatakan orang tua kawan anda itu pelbagai perkara yang dapat memburukkan nama mereka malah mampu menjadikan porak peranda dalam keluarga itu. Anda tidak sedar anda berdosa dengan mereka berdua. Anda tidak memohon maaf atas keterlanjuran anda itu, sesungguhnya anda tidak pernah rasa bersalah dengan tindakan anda. Dosa anda dengan orang tua kawan anda itu tidak terhapus selagi anda tidak memohon maaf dengan mereka. Susahkan jika kita berdosa dengan orang atau manusia?? Oleh itu, cubalah mengawal diri kita agar tidak melakukan dosa dengan orang.

Pembaca budiman, sekiranya ada kesilapan dalam entri kali ini, tegurlah penulis yang lemah lagi hina ini.

Salam pembacaan kepada semua. Jom semua jaga diri jaga perbuatan.

0 orang berkata-kata:

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits