Days till our first baby


27- _________________

بسم الله الرحمن الرحيم



Tiada idea untuk menulis hari ini. Tapi hati membentak untuk menulis. Entah kenapa, tiba-tiba rasa untuk menulis walaupun otak ketiadaan idea. Tangan sibuk memetik papan kekunci tapi otak tidak dapat mengeluarkan idea yang bernas.


Sudah masuk tiga hari pulang berjalan kaki dari kuliah ke rumah selepas tamat kelas praktikal mahupun kuliah. Bukan ingin memberitahu diri ini suka berjalan, tapi cuma ingin berkongsi sedikit perasaan yang dirasai semasa pulang berjalan kaki.Walaupun berjalan melalui jalan yang sama, tapi perasaan hati tetap lain. Tidak pernah rasa sama seperti hari yang sebelumnya.


Entah kenapa. Mungkin itu adalah lumrah hidup manusia.Sama jua jika berjalan mahupun berjogging di tepian pantai yang damai. Walaupun melalui jalan yang sama, tapi perasaan semasa melaluinya tetap berbeza.Bagai contoh, pada kebiasaannya berjogging sejauh 1KM mengambil masa 15 minit, tapi tidak pula hari semalam. Masa yang diambil lagi lama dari kebiasaan, hampir 30 minit.


Pernah dengar kata-kata ini?? "Same road but different feeling." Mungkin ada yang pernah dengar, dan mungkin yang tidak. Kata-kata itu memang betul, malah ramai yang mengiyakan kata-kata itu. Kata-kata itu dapat diaplikasikan dalam situasi yang lain juga.


Misalnya wang saku. Pelajar tajaan MARA mendapat wang saku yang sama rata dan sama banyak. Tapi masih ada pelajar yang tidak cukup dengan wang saku itu sehinggakan ada yang berhutang dengan pelajar yang lain. [Termasuk juga penulis...hehehehe]


Pengurusan wang yang tidak betul merupakan punca utama wang saku tidak mencukupi. Kerana berbelanja mewah salah satu penyebab utama krisis wang saku tidak mencukupi. Mungkin banyak lagi faktor-faktor yang menyebabkan kekurangan wang saku yang dialami oleh pelajar-pelajar di sini.


Maka, marilah sama-sama kita berjimat cermat dan rancang perbelanjaan dengan berhemat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Tiga perkara yang menyelamatkan , iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”

“Tiga perkara yang menyelamatkan , iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah,berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”



Terima kasih....


Sayang Kamu....

0 orang berkata-kata:

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits