Days till our first baby


31- Cerpen: Orang ketiga (Bahagian I)

بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah sekian lama berjalan-jalan di tepian Laut Mediterranean, Ikhwan mengambil keputusan untuk berhenti berehat seketika di sebuah bangku berteduhkan bumbung yang berlubang sana-sini. Sambil mengeluarkan sebatang rokok lalu dinyalakan rokok itu, Ikhwan termenung sendirian memikirkan masalah yang dihadapi olehnya.

Sebulan sebelum tamatnya semester kelima pengajiannya dalam jurusan perakuanan di luar negara, Ikhwan telah melamar seorang wanita yang bernama Mashitah yang juga pelajar jurusan sama dengan Ikhwan. Setelah sekian lama Ikhwan memerhatikan Mashitah dari jauh, akhirnya dia memberanikan diri untuk melamar Mashitah di saat orang lain sibuk mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan akhir semester. Walaupun beraggapan bahawa dia mungkin akan ditolak, namun sifat berani yang ada pada Ikhwan menyebabkan ia bernekad untuk melamarkan juga gadis pantai timur itu.

"Aku sebenarnya berkenan kat kamu." kata Ikhwan kepada Mashitah melalui 'Yahoo Messenger' dalam keadaan acuh tidak acuh kerana dia merasakan dirinya tidak layak untuk memiliki Mashitah. Tapi disebabkan perasaannya pada Mashitah amat mendalam, diluahkan jua hasrat hatinya itu.

"Betulkah apa yang kamu katakan itu??" balas Mashitah dalam keadaan yang ragu-ragu dengan keikhlasan Ikhwan. Ikhwan yang terkenal dengan sikap yang suka bergurau menyebabkan kata-kata yang keluar dari mulutnya itu juga dianggap satu gurauan. Setelah menyatakan dia serius dalam kata-kata itu, Mashitah mengambil keputusan untuk memikirkan hal itu terlebih dahulu dan ingin melakukan solat istikharah.

Hampir seminggu menunggu keputusan daripada Mashitah, Ikhwan mendapat jawapan yang positif dari Mashitah. Selang beberapa hari selepas keputusan itu dibuat, Mashitah tiba-tiba menyatakan ketidaksediaan dia untuk berumah tangga lagi. Setelah ditanya berkali-kali sebab kenapa dia mengambil keputusan sebegitu, akhirnya dia menceritakan bahawa dia pernah bertanya kepada seorang kakak senior mengenai Ikhwan. Menurut kakak senior itu, Ikhwan adalah seorang lelaki yang suka mengacau perempuan yang lain, apabila dia tidak dilayan dia akan mencari yang lain untuk dikacau.

Kata-kata kakak senior itu membuatkan Mashitah memikirkan Ikhwan hanya bermain-main dengan dirinya. Tanpa bukti yang nyata, Mashitah bagaikan menganggap Ikhwan seorang yang suka mainkan perasaan perempuan. Latarbelakang kehidupan Ikhwan yang dikelilingi oleh kaum wanita menyebabkan dia senang bermesra dengan perempuan yang lain. Oleh kerana sudah menjadi kehidupan Ikhwan sebegitu, menyebabkan orang tersalah pandang akan kemersaraan yang ditunjukkan olehnya terhadap perempuan di sekelilingnya.

Keakraban Ikhwan dengan seorang adik junior perempuan yang bernama Zuraini bagaikan seorang abang dan adik turut disalah ertikan oleh Mashitah pada awal perhubungan mereka. Zuraini telah berkawan rapat dengan Ikhwan lebih sebulan sebelum Ikhwan melamar Mashitah. Kerakraban Zuraini dan Ikhwan menyebabkan ramai yang menyangka mereka berdua sedang dilamun cinta,sedangkan mereka berdua hanya berhubung sebagai seorang abang dan adik. Mungkin kerana berlainan jantina, mereka berdua dikatakan sedang 'couple'.

Bersambung.....(Nantikan kemunculan Orang ketiga bahagian II akan datang.)


Sayang Kamu

0 orang berkata-kata:

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits