Days till our first baby


32- Cerpen: Orang ketiga (Bahagian II)

بسم الله الرحمن الرحيم

Bersambung kembali dari Cerpen: Orang ketiga (bahagian I)

*************************************

Hubungan Ikhwan dengn Zuraini yang disalahertikan oleh masyarakat sekeliling menyebabkan Mashitah agar cemburu dengan Zuraini. Walaupun perasaan cemburu itu tidak dizahirkan, tapi tindakan dan perbuatan yang ditunjukkan oleh Mashitah menzahirkan perasaan tersebut.

Setelah Ikhwan menjelaskan status perhubungan mereka yang sebenar kepada Mashitah, barulah Mashitah faham akan situasi yang sedang terjadi di hadapannya. Dia merasakan agak lega bila mendapat tahu cerita yang sebenar dari Ikhwan. Selepas itu, setiap kali cerita mengenai Ikhwan dan Zuraini tidak diambil peduli oleh Mashitah sebelum ia mengetahui cerita sebenar sama ada daripada Zuraini mahupun Ikhwan sendiri.

*************************************

Setelah sekian lama Mashitah menjalinkan hubungan dengan Ikhwan, mereka bercadang untuk mendirikan sebuah masjid bagi memenuhi tuntutan agama bersesuaian dengan hadis Nabi S.A.W yang bermaksud:
"Pernikahan membawa kepada keberkatan dan anak adalah suatu rahmat. Maka muliakanlah anak-anakmu, kerana sesungguhnya memuliakan anak-anak adalah satu ibadah".

Sabda Nabi S.A.W. juga "Pernikahan adalah sunnahku, sesiapa yang benci kepada sunnahku maka dia bukan daripada golonganku".

Setelah kedua-duanya bersetuju, Ikhwan dan Mashitah masing-masing meminta kebenaran daripada penjaga mereka. Setelah mendapat kebenaran walaupun kedua-dua penjaga mereka agak keberatan untuk mengizinkan, mereka telah merangcang untuk melangsungkan majlis perkahwinan setelah tamat pengajian untuk semester lapan.

Mereka merancang, malah ALLAH turut merancang untuk setiap hambaNYA. Namun sebaik-baik perancangan adalah milik ALLAH yang kekal. Kehadiran Hanafi dalam kisah percintaan Mashitah dan Ikhwan menyebabkan jiwa Mashitah bergelodak. Hanafi yang dikenali oleh Mashitah semasa mengikuti program bakti siswa anjuran pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di luar negara merupakan seorang pelajar tahun empat di sebuah pusat pengajian perakuanan di negara Ukraine.

Pada permulaan kewujudan Hanafi, Mashitah bagaikan tidak mahu menerima lamaran Hanafi kerana dia sudah mempunyai Ikhwan. Namun setelah dipujuk oleh Hanafi, disertakan dengan keperibadian Hanafi yang jauh bezanya dengan keperibadian Ikhwan menyebabkan pendirian Mashitah agak rapuh.

Ikhwan pada awalnya agak keberatan, tetapi atas dasar kebahagian Mashitah, Ikhwan dengan rela hati menyuruh agar dibuat sekali lagi solat sunat istikharah agar kali ini, keputusan yang dibuat oleh Mashitah agar benar-benar mampu memberi kebahagian Mashitah di dunia dan di akhirat.

Dalam menunggu jawapan dari Mashitah, Ikhwan dapat merasakan bahawa jodohnya bukan bersama Mashitah. Tapi dia masih berdegil dan berpura-pura tidak tahu akan perasaan itu. Pada suatu hari, Ikhwan bagaikan mendapat satu petanda bahawa Mashitah bukan miliknya. Dia mula rasa sedih dan agak hambar dengan apa yang dialaminya itu. Walaupun dia mengetahuinya secara tidak sengaja, tetapi tindakan Mashitah bagaikan membelakangkan dia menyebabkan Ikhwan agak kecewa.

Sepatutnya Ikhwan merupakan orang pertama mengetahui perkara itu, perkara yang sebaliknya yang terjadi. "Lembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji". Mashitah berjanji akan memberitahunya terlebih dahulu sebelum dia memberitahu orang lain. Sebaliknya berlaku apabila Ikhwan merupakan orang yang terakhir mendapat tahu berita itu. Ikhwan tidak menyangka Mashitah sanggup berbuat demikian kepada dirinya. Dia terasa dihina oleh orang yang dia sayangi.

"Walaupun betul kamu bukan milikku, usahlah kamu melanggar janji yang telah kamu buat denganku", bisik hati Ikhwan dalam kekecewaan. "Bagaimanakah agaknya nanti jika perkara yang sama berlaku lagi dalam hidup Mashitah, tapi Mashitah yang berada di tempat Ikhwan? Mungkin Mashitah pasti akan rasa sama seperti yang dialami oleh Ikhwan", getus hati Ikhwan.

Ikhwan yang tidak suka menyimpan dendam hanya mampu memaafkan tindakan Mashitah itu dan berharap agar ia tidak mengulangi perkara yang sama selepas ini.

*************************************

Bersambung.. (Nantikan kemunculan Orang ketiga (Bahagian III) tidak lama lagi....

Sayang Kamu

3 orang berkata-kata:

Suraya said...
This comment has been removed by the author.
Suraya said...

assalamualaikum wbt..

menariknya cerpen ni.. ceritanya sangat halus dan ada plot yg menarik..

mashitah tu teruk kn? xpatut dia buat ikhwan macam tu. kesian btl kt ikhwan. sedih lak. kalau hanafi tau mashitah mcm tu, mesti dia tinggalkan mashitah.. baru padan muka mashitah. baru dia dpt rs ape ikhwan rs.. wah, emo lak.. hehe..padahal ini hanya sebuah cerpen.. tapi cerpen pn mmg boleh tinggal kesan smpi blh wat org menangis.. cerpen boleh timbulkan fitnah.. cerpen pn boleh hancurkan kebahagiaan org.. tapi ia masih hanya sebuah cerpen..hihi..tahniah kpd si penulis kerana dpt hasilkan jalan cerita yg berkesan.... semoga mashitah dpt balasan die yg setimpal..

slmt bermujahadah

niktaufik said...

kepada suraya, lawa nama tue....
kesian kat pakcik latiff pilih nama lain letak nama lain...

cerpen ini hanya sekadar cerpen...jgn pk lain tau...cerpen ini masih belum berakhir... so xperlulah suraya berkata sebegitu... kan suraya???

:D

moga suraya bahagia...

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits