Days till our first baby


34- Cerpen: Orang ketiga (Bahagian III)

بسم الله الرحمن الرحيم

Masih ingat lagi Cerpen: Orang ketiga bahagian II? Ini adalah sambungan cerpen tersebut.

SELAMAT MEMBACA

*********************************************************

Selepas mengetahui bahawa keputusan itu sudah sampai dipengetahuan Ikhwan, Mashitah berasa serba salah kerana tidak mampu untuk menjaga janjinya itu. Mungkin kerana dia hanya ingin berkongsi dan bertanyakan pendapat dan pandangan orang lain terlebih dahulu. Oleh sebab itu, dia merahsiakan daripada Ikhwan.

Ikhwan tiba-tiba tersenyum sendirian di tepi pantai sambil menghayati angin pantai yang menyejukkan itu. Dia tersenyum setelah teringat kembali peristiwa itu. " Pandai je Mashitah beralasan," getusnya di dalam hati. Sebatang rokok dinyalakan lagi untuk mengisi masanya di pantai itu.

*********************************************************


"Mashitah minta maaf pada Ikhwan kerana tidak menunaikan janji Mashitah, Mashitah takut Ikhwan tidak mampu menerima jawapan itu.Mashitah takut mengganggu Ikhwan di saat peperiksaan ini. Maafkan Mashitah." jelas Mashitah kepada Ikhwan kenapa dia melakukan sedemekian. "Ikhwan tahu siapa Ikhwan, Ikhwan tidaklah alim, tapi Ikhwan paling tidak suka bila orang 'judge' Ikhwan. Ikhwan tidak mampu menerima bila orang yang berjanji tidak mampu untuk menunaikan janjinya." balas Ikhwan setelah mendengar penjelasan daripada Mashitah.

"Mashitah bukan mengambil keputusan itu atas sebab nafsu, tapi Mashitah mengambil keputusan itu setelah Mashitah menanyakan pandangan orang lain yang Mashitah kenali dan percaya. Mashitah penah bermimpi selepas Mashitah melakukan istikharah. Dalam mimpi itu, Mashitah nampak ayah memimpin tangan Mashitah dan disatukan dengan tangan Hanafi. Mashitah tidak tahu apa yang sepatutnya Mashitah buat, sebab itu Mashitah bertanyakan orang lain untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka. Inilah kali pertama Mashitah bermimpi selepas melakukan istikharah." jelas Mashitah panjang lebar kepada Ikhwan.

"Ikhwan percaya kalau memang itu yang dimimpikan oleh Mashitah setelah dia melakukan istikharah, mungkin itulah petunjuk dari yang MAHA TAHU. Tapi, kenapa Ikhwan dibelakangkan??" Ikhwan bertanya sendirian.

"Mungkin kerana aku ni dianggap lemah dalam menerima setiap keputusan. Sebab itu aku dibelakangakan dalam mengetahui cerita sebenar." Ikhwan bermonolog sendirian bagi mengubati hati yang sudah luka.

*********************************************************

Selepas mengetahui keputusan itu, hidup Ikhwan agak tertekan dan malu. Dia malu dengan keluarganya dan keluarga Mashitah. Tapi dia bernasib baik kerana keluarganya masih belum memberitahu sesiapa tentang permintaannya untuk berkahwin itu. Hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang mengetahuinya.

Mashitah berjanji akan merahsiakan perkara ini daripada rakan-rakannya. "Bolehkah janji itu dipercayai lagi?" getus Ikhwan. Mungkin boleh, mungkin tidak.

Selepas beberapa bulan peristiwa itu berlalu, Ikhwan berbual dengan salah seorang kawan Mashitah, Yusnani. Ikhwan bertanya," Aku dengar ada orang hendak balik bertunang dan berkahwin tahun ni, betul ker?

"Bertunang tu ada, tapi kalau yang nak kahwin tu, aku tak pasti. Kenapa?" tanya Yusnani balik.

"Takdelah, saja nak tahu. Mana tahu kot nanti aku terngorat tunang orang. Orang bertunang kita tidak tahu." balas Ikhwan.

"Lor, watpe nak ngorat-ngorat, kan bait muslim ada, gunala bait muslim." cadang Yusanani.

"Saje jer lah. Nak tahu. Eh, siapa yang hendak bertunang tu?" pancing Ikhwan.

"You know it better than me. Takkan la mu tak tahu." jawab Yusnani ringkas.

"I know it better than you?" What's that mean?" tanya Ikhwan lagi.

Ala, mu tahu siapa dia." jawab Yusnani ringkas.

"La, kalau aku tahu, takde la pulak aku nak tanya mu." balas Ikhwan lagi.

Yusnani memberitahu bahawa Mashitah yang akan bertunang tahun ini. Yusnani turut memberitahu bahawa Mashitah telah menceritakan segala-galanya kepadanya. Ikhwan agak terkejut dengan kata-kata Yusnani itu. "Betulkah apa yang aku dengar ini?" Ikhwan bermonolog sendirian lagi.

*********************************************************

Bersambung lagi.. Nantikan kemunculan Orang ketiga bahagian IV.

Sayang Kamu

0 orang berkata-kata:

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits