Days till our first baby


33- Hari yang ceria

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari yang ceria dimulakan dengan pagi yang indah dan ceria. Itulah kata-kata yang tertulis di dalam buku HM Tuah Iskandar. Mulakan pagi anda dengan sesuatu yang positif tidak kira apa sahaja yang penting ia positif.

Hari ini agak ceria walaupun sedikit kepanasan dek bahang mentari yang menyinari alam ini. Tamat sahaja kuliah selama tiga jam, terus pergi Serumpun untuk makan "tengah hari" (tengah hari la sangat kalau dah jam 4 petang..)

Hari ini agak gembira bila dapat makan bersama kawan-kawan sambil gelak tawa. Sudah lama agaknya tidak bergelak tawa bersama-sama. Perasaan yang sama timbul walaupun bersama dengan orang lain. Bila makan bersama kawan-kawan, teringat pula kisah-kisah lucu ketika bersama kawan-kawan di kampung. Setiap kali keluar makan, sudah pasti ada sahaja idea-idea dan tajuk yang berlainan yang akan keluar.

Sambil makan sambil kutuk kawan merupakan perkara yang sudah lama ditinggalkan penulis. Semenjak menjejakkan kaki di sini, penulis jarang makan beramai-ramai sambil kutuk mengutuk. Kutuk mengutuk bukanlah perkara jahat, tapi itu adalah gurauan yang mengindah dan menceriakan hari bagi sesetengah orang.

Hari ini juga, penulis merasakan agak gembira bila melihat orang di sekeliling tersenyum gembira. Bagaikan masing-masing mengharungi hari yang ceria pada hari ini.

Kepada kawan-kawan yang makan bersama tadi, terima kasih kerana sudi datang. Kalau tanpa kamu semua, pasti makan-makan tadi tidak semeriah seperti tadi. Buat Erika dan Ismah, jangan terkejut melihat budaya serta cara semua orang. Itulah cara kehidupan masing-masing yang mempunyai pelbagai latar belakang kehidupan. Tetapi, masing-masing tahu membezakan baik buruknya.

Terima kasih sekali lagi.

Sayang kamu

2 orang berkata-kata:

shinnray said...

jeleznye dye leyh enjoy......... =p

niktaufik said...

enjoy tgk org tu makan nasi... hepi rasanye...

:D

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits