Days till our first baby


38- Masa

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam sejahtera kepada pembaca yang budiman. Apakhabar anda semua? Harap semua dalam keadaan yang amat segar lagi menyegarkan. Kenapa entri kali ini berkaitan dengan masa? Apa yang ada pada masa? Dalam Quran juga menyatakan pasal masa. Kenapa masa itu penting kepada umat manusia?

Photobucket
Photobucket




Maksudnya:


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Surah Al-Asr


Mungkin kita tidak sedar kita mungkin tergolong dalam kerugian yang dimaksudkan dalam ayat di atas. Sedar atau tidak sebenarnya kita sering ditinggalkan masa. Banyak masa yang terluang begitu sahaja tanpa di isi dengan perkara-perkara berfaedah.

Tentu ada yang ingat satu nasyid nyanyian kumpulan nasyid tempatan yang bertajuk demi masa?



Ingatlah masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum masa sakitmu, masa lapangmu sebelum masa sempitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, dan masa hidupmu sebelum mati.

Masa itu umpama pedang. Jika kita tidak pandai menjaganya, pasti masa akan memotong kita. Usahlah ditangguhkan setiap pekerjaan yang kita dapat agar tidak menyesal kemudian hari. Uruskanlah masa dengan berhemah.

Bak kata orang tua-tua, sedikit lama-lama jadi bukit. Jika setiap pekerjaan yang kita terima kita tangguhkan, lama-lama pekerjaan yang senang pasti akan menjadi susah di kemudian hari. Hasil yang diperolehi juga kurang memuaskan kita nanti.

Bagi yang masih sihat, hargailah masa anda, jangan tunggu bila sakit atau ditimpa musibah baru kita hendak kembali kepadaNYA. Jangan tunggu esok, kerana belum tentu lagi esok akan datang.

Sayang kamu.

0 orang berkata-kata:

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits