Days till our first baby


40- Cerpen: Orang ketiga (Bahagian IV)

بسم الله الرحمن الرحيم


Apa khabar pembaca budiman? Moga semua sihat sejahtera dengan bekalan iman dan Islam. Ramai juga yang bertanya, bila akan keluar cerpen "Orang ketiga" bahagian keempat? InsyaALLAH, inilah sambungan cerpen itu. Moga semua terhibur membacanya. Sebelum penulis meneruskan cerpen ini, penulis ada sedikit berita yang agak sedih bagi penulis. Semalam,(Khamis) jam 2300 ayah saudara penulis telah kembali ke pangkuan ILLAHI. Marilah sama-sama kita sedekahkan al- Fatihah serta sama-sama berdoa agar rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Selamat membaca.

************************************************

Ikhwan masih termenung sendirian di tepi pantai. Sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal, dia tertanya-tanya bagaimana Yusnani dapat mengetahui cerita itu. Kotak rokoknya yang berbaki 3 dilihatnya. Rokok yang baru dibelinya sebentar tadi sudah tinggal 3, bermakna sudah 17 batang rokok telah dihisapnya dalam masa 2 jam termenung. "Wah, banyak pula aku hisap malam ni." detik hatinya.

Dicapainya sebatang lagi rokok dan dinyalakan. Ikhwan seperti mahu menghabiskan kesemua rokoknya pada malam ini.
************************************************

Setelah memberitahu perihal yang berlaku kepada Mashitah, Mashitah menjelaskan bahawa Yusnani tidak mengetahui siapakah gerangan orangnya, kerana Mashitah merahsiakan nama Ikhwan. Setelah diberitahu cerita sebenar, Ikhwan terkejut. Melalui tulisannya sendiri yang membuatkan Yusnani mengetahui perihal kisah Mashitah. Betul kata orang, amat susah untuk merahsiakan cerita hidup kita tambah-tambah lagi pada era teknology yang semakin lama semakin canggih. Hanya perlu klik saja pada papan kekunci, semua perkara yang kita hendak tahu kita pasti akan dapat. Tidak 100%, 0.1% tetap juga dapat.

Setelah beberapa minggu hal itu berlalu, tiba-tiba Ikhwan mendapat berita mengatakan Zuraini adalah punca yang menyebabkan Ikhwan dan Mashitah putus. Pelik tapi benar, itulah yang telah Ikhwan dengar. Kisah Ikhwan dengan Mashitah sudah ramai yang tahu, malah siap ada yang membuat fitnah ke atas Zuraini. Kesian Zuraini, dituduh dan difitnah sebegitu. " Zuraini, maafkan aku. Kalau Zuraini tidak rapat dengan aku, tentu kisah ini tidak akan timbul. Maafkan aku ye." luah Ikhwan kepada Zuraini.

Sebelum timbul cerita dusta ini, Ikhwan sudah nekad untuk menamatkan kisah lama ini. Tapi, sekarang Ikhwan terpaksa membuka kembali kerana ingin mengetahui cerita sebenar. Orang pertama yang Ikhwan cari setelah mendapat tahu fitnah ini adalah Mashitah. Ikhwan hanya ingin mengetahui apakah cerita yang telah Mashitah memberitahu kepada sahabat handai Mashitah dan kepada siapa. Ikhwan rasa itulah cara yang terbaik bagi Ikhwan untuk memastikan sama ada benar atau paslu andaian yang dibuat oleh Ikhwan.

Setelah bertemu dan berbincang dengan Mashitah, Ikhwan rasa agak keliru dengan cerita Mashitah. Pada awalnya Ikhwan percaya, tapi setelah ada sedikit penjelasan yang kurang meyakinkan Ikhwan menyebabkan Ikhwan keliru sama ada ingin percaya atau tidak. Ikhwan harap cerita Mashitah benar, kerana Ikhwan amat percaya padanya suatu masa dahulu. Maafkan Ikhwan jika Mashitah fikir Ikhwan menuduh Mashitah. Hanya dengan cara bertanya terus dari Mashitah merupakan yang terbaik bagi Ikhwan untuk tidak menuduh seseorang tanpa usul periksa. Jika ia benar, Ikhwan hanya mampu berterima kasih dan jika ia juga dusta, terima kasih jua diucapkan.

Ikhwan tidak mampu membuat apa-apa bagi mencari orang yang menyebarkan fitnah ke atas Zuraini, yang mampu dibuat adalah berdoa agar orang yang menfitnah itu memohon maaf kembali.

************************************************

Setelah menghabiskan sisa-sisa rokoknya yang tinggal, Ikhwan berjalan pulang dalam keadaan yang amat letih dan mengantuk. Di lihat jam di tangan menunjukkan lagi setengah jam untuk masuk waktu subuh. Kerana berjalan dalam keadaan yang tergesa-gesa, Ikhwan tidak menyedari terdapat sebuah kereta melusur laju dari arah belakangnya menyebabkan dia dilanggar oleh kereta itu. Hentakkan yang kuat menyebabkan Ikhwan tidak sedarkan diri.

Hampir dua minggu Ikhwan koma.

************************************************
Setahun berlalu, ingatan Ikhwan hampir pulih sepenuhnya. Sekarang dia sudah mampu berjalan tanpa menggunakan tongkat. Selama hampir setahun, Ikhwan terpaksa hidup dengan bertongkat ke mana saja dia pergi. Majlis perkahwinan Mashitah bulan lalu tidak dapat dihadiri oleh Ikhwan. Pada masa itu, Ikhwan terpaksa menjalani rawatan fisioterapi bagi membolehkan dia berjalan dengan normal. Walaupun tidak dapat menghadiri majlis itu, Ikhwan tetap mendoakan kebahagian Mashitah bersama dengan Hanafi. Sebulan sebelum Ikhwan kembali ke kolej, Zuraini pula berkahwin.

Sayang Kamu

1 orang berkata-kata:

TomYaM bAsi said...

takziah kepada ikhwan atas kemalangan yang menimpanye..
sadis lah cerita

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits