Days till our first baby


42- Isu Gila Kuasa

بسم الله الرحمن الرحيم

Pik, dalam blog shahei tu cerita pasal mu ke?? Itulah soalan yang ditanya rakan-rakan kepada penulis. Pelik, kenapa soalan itu ditujukan kepada penulis sedangkan blog itu milik Shahei. Pelik tapi benar, itulah yang terjadi kepada penulis.



tahun 1 : bro..aritu ade ABG tu dtg kat aku,dia ckp jgn kawan ngn ko sbb ko PMRAM..dia suh masuk persatuan dia je...

bro 3rd year : siot...aku bukan budak PMRAM...sumpah bukan!!aku budak perubatan je

dan bro tahun 3 ni pon depress giler anjing sbb ade org burukkn nama dia camtu...

bro 3rd year :syahei!!!xsangka ade org buat aku camtu!!smpi ati~~~

syahir : hahaha...dasar org giler jawatan...xbest kot dia jadi BIRO..nk jadi president la tu next time..

ape2 je la...pegi mampus la ko giler jawatan!!!
gaduh2 persatuan plak kat cni..
pegi balik SRI LANKA la kalo nk gaduh2 persatuan kat cni

sound2 org plak x g lecture...ko tu betulkn diri dlu..

P.I.G ni bukan babi la...problem is gitgo...hihihihi

udah2 la buat prangai memalukan diri snirik...tobat2 la...makin byk masalah..makin ramai org lari dari nk join persatuan..last2 ..lagi betambah org y malas nk join persatuan mcm aku ni...org bawah mcm aku da start menyampah la....



Semasa berbual dengan Saufi sebentar tadi, pelbagai cerita keluar termasuklah perkara ini. Pelik juga, kenapa isu ini timbul dalam kalangan masyarakat Alex ini. Isu gila kuasa makin diwar-warkan di setiap blog pelajar PERUBATAN Iskandariah. Adakah perlu isu ini wujud di sini? Apakah ia benar-benar berlaku? Pelbagai soalan timbul bagi membincangkan isu ini.

Bagi penulis, rasanya isu ini tidak sepatutnya timbul dalam kalangan pelajar di Alex mahupun di mana saja. Apakah kelebihan kuasa itu? Apakah yang ada dengan kuasa itu? Adakah dengan kuasa kita mampu menjamin membawa kebahagian kepada kita? Bagi penulis, kuasa itu adalah raja masalah bagi penulis. Nasihat penulis, usahlah kita mengejar kuasa, tapi kalau dilantik lain ceritanya. Sebab DILANTIK tidak sama dengan MENCARI. Jika kita sudah dilantik untuk memimpin, maka itu adalah tanda kepercayaan orang yang melantik kita untuk kita memimpin. Maka, usahlah kita mencari ataupun memohon untuk berjawatan.

Tahukah pembaca semua, orang yang tidak mampu memimpin dengan adil serta tidak amanah dalam memimpin adalah orang yang tidak dipandang mulia di sisi agama kita. Pemimpin yang zalim atau tidak amanah adalah salah seorang ahli neraka. Pemimpin yang dilantik akan bekerja bersama dengan orang yang melantiknya, tapi pemimpin yang mahu dirinya dilantik, dia akan bekerja seorang. Betul atau tidak kata-kata ini? Memang betul, kerana pemimpin yang dilantik bermakna orang suka dia bekerja sebagai pemimpin dan pasti akan dibantu jika dalam kesusahan. Sebaliknya, pemimpin yang mahu dirinya dilantik, orang yang melantiknya belum pasti suka cara dia memimpin. Mereka memilihnya mungkin bukan kerana kredibiitinya tapi mungkin kerana hendakkan sesuatu yang boleh menguntungkan mereka contohnya duit, atau benda-benda yang berharga bagi pemilihnya.

Oleh itu, bagi sesiapa yang pernah terfikir untuk dirinya dilantik sebagai pemimpin, usahlah anda berfikir demikian. Mungkin anda rasa hebat bila anda mampu menjadi pemimpin, tapi kemudian hari anda akan tahu bagaimana kesudahannya bila anda bergelar pemimpin. Fikirkanlah secara rasional sebelum anda mahu orang di sekeliling anda memilih anda sebagai pemimpin.

"Selamat Memimpin kepada pemimpin semua."


Sayang Semua. [Terpaksa tukar perkataan KAMU kepada SEMUA kerana ingin mengelakkan salah faham]

4 orang berkata-kata:

din said...

engkau pres,
engkau timbalan,
atau engkau ajk ke...

ini semua di mata manusia..

sedarlah kalian semua,pada ALLAH..
hanyalah orang yang bertakwa..

xperlu gila jawatan ok

peace out ('',)

niktaufik said...

aik din, cam ckp kat aku jer...

huhuhuhuhu....

peace.....

din said...

mana ada ckp kat ko la

aku tulis untuk pembaca blog ni la =)

niktaufik said...

hahahaha....

saje je tue..wat2 xphm..xkn xleh kot...
:D

peace....

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits