Days till our first baby


43- Maafkan Daku

بسم الله الرحمن الرحيم

Bonda,
Ku tahu perit hidupmu
Dalam membesarkan daku,
Ku juga tahu sulit hidupmu
Dalam memelihara aku,
Namun,
Aku masih tidak sedar,
Masih lena dek keangkuhan sendiri,

Bonda,

Ku tahu penat lelahmu bekerja,
Semata-mata untuk sesuap nasi,
Ku jua tahu sakit senangmu,
Hanya untuk kebahagiaanku,
Namun,
Aku lena,
Lena dengan keegoan aku sendiri,
Ku tidak dengar akan nasihatmu,
Ku pekakkan telinga bila mu berkata-kata,

Bonda,
Walaupun letih seharian di ladang,
Walaupun berkali-kali dirimu jatuh di sawah,
Walaupun peluhmu memercik keluar membasahi tanah,
Kamu tetap juga gagahkan diri,
Semata-mata untuk melihat kegembiraan anakmu,
Namun,
Aku nyenyak dalam sedar,
Dibuai mimpi dunia yang lalai,
Didodoi dengan kekayaan duniawi semata-mata,

Bonda,
Kini aku telah bangkit,
Bangkit dari lenaku,
Bangkit dari tidurku,
Bangkit dari mimpiku,
Dulu aku anak tidak bermaruah,
Aku banyak membuatkan dirimu menangis,
Aku juga banyak bersalah denganmu,
Namun,
Kini aku tidak lagi begitu,
Aku tahu siapa aku,
Tanpamu siapalah daku,
Aku sedar salah silapku,

Bonda,
Kasarku dulu telah ku buang jauh-jauh,
Degilku dulu telah ku bakar dengan api marak menyala,
Kini,
Sabarku mengatasi segala-galanya,
Telingaku terbuka untuk kata-katamu,
Mulutku berbicara bila perlu,
Nadaku lembut bagaikan buluh perindu,

Bonda,
Hanya satu yang ku minta,
Maafkan daku.


Sayang Awak...

0 orang berkata-kata:

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits