Days till our first baby


44- Cerpen: Dua Insan (Bahagian I)

بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah tamat Cerpen: Kisah orang ketiga, kali ini penulis ingin berkongsi satu lagi cerpen yang baru. Cerpen ini bertajuk "Dua Insan".

Selamat membaca.

Jalan yang sesak menyebabkan pergerakan Azran agak perlahan. Walaupun memakai kereta berkuasa tinggi, tapi bila tersekat dalam kesesakan yang begini, mulalah timbul perasaan ingin berbasikal ataupun bermotosikal sahaja ke tempat kerjanya. Pernah Azran bersuara untuk membeli motosikal, tapi hasratnya dihalang oleh kakak dan abangnya dengan alasan pangkatnya tidak sepatutnya memakai motosikal. Selayaknya dia menggunakan BMW yang sedang dibawanya. Azran bukanlah seoarang yang pentingkan imej, tapi setelah dipaksa, dia dengan paksa rela menerima hadiah dari abang dan kakaknya.

"Apalah kamu ni Azran, kerja CEO, tapi nak pakai motor. Nanti jatuh lah 'standard' dengan orang bawahan kamu. Kamu tak malu ke?" itulah yang terngiang-ngiang di telinganya semasa pertama kali dia suarakan untuk membeli motor untuk berulang alik dari kerja.

Setelah hampir setengah jam dia dihimpit kesesakkan, dia tiba di pejabatnya tepat jam 9 pagi, waktu kebiasaan dia masuk kerja. Pada hari pertama dia bekerja, waktu pekerjaannya bermula seawal 7.30 pagi. Selepas dinaikkan pangkat kepada CEO, waktu kerjanya bertukar kepada jam 9 pagi.

Hari ini, Azran telah dijadualkan untuk mempengerusikan satu mesyuarat bersama sebuah syarikat gergasi milik bumiputera Melayu bagi membincangkan satu projek yang memakan belanja jutaan ringgit untuk kepentingan orang Islam dan Melayu.

Jam di tangannya menunjukkan baru lima belas minit dia duduk di dalam pejabatnya. Ada 15 minit lagi sebelum dia masuk ke bilik mesyuarat. Menurut keraninya, wakil dari pihak BM Corp. sudah sampai lima minit sebelum kedatangannya. "Wah, awalnya wakil dia sampai, aku baru masuk kerja dia dah sampai." getus hatinya. "Tentu orangnya tidak suka berlengah-lengah."

Melihat jam ditangannya lagi 10 minit sebelum 9.30 pagi, dia dengan segera bangun bergerak keluar dari pejabatnya. Seraya itu, keraninya bangun lalu berjalan di belakangnya sambil membawa fail-fail dan dokumen yang penting.

"Aik, rasa aku cam penah hidu bau pewangi sebegini, tapi di mana?" persoalan timbul sebaik sahaja Azran melangkah masuk ke dewan mesyuarat. Dewan mesyuarat itu telah dipenuhi dengan bau 'perfume' wakil dari BM Corp. yang pernah dihidu oleh Azran.

Selepas mengambil tempat duduknya, Azran tergamam melihat seorang wanita yang sedang duduk bertentangan dengannya. Wajah wanita itu mirip seperti wanita yang selalu bermain difikiran Azran. Tiap waktu tiap ketika, tidak kira tempat, pasti Azran akan terbayang wajah wanita mirip di hadapannya sekarang.

Wajah yang telah lama tidak dilihatnya dihadapan mata sebegini membuatkan hatinya berdenyut kencang. Sudah hampir lima tahun dia tidak bersua dengan wanita dihadapannya sekarang. Walaupun mukanya agak kurus berbanding lima tahun yang lalu, namum Azran masih dapat ingat wajahnya itu.

"Azimah?" satu perkataan terkeluar dari mulut Azran dengan tidak semena-mena. Azimah yang sedang berbincang dengan rakan sepejabatnya itu terkejut dengan pertanyaan dari Azran kaku seketika dan kelu tanpa bicara. Azimah terkejut kerana sudah lima tahun juga dia tidak mendengar suara yang garau sebegitu rupa memanggil namanya Azimah. Pada biasanya, orang akan panggil dia Azi ataupun Imah. Hanya seorang sahaja dalam hidupnya memanggil namanya Azimah. Dia adalah Azran.


****************************************************************
Nantikan sambungannya dalam Dua Insan (Bahagian II)


Sayang Awak...

0 orang berkata-kata:

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits