Days till our first baby


49- Seminggu sudah

بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah seminggu penulis memulakan pengajian dalam tahun 4. Rasa agak mencabar kehidupan sekarang berbanding dengan tahun-tahun yang sebelumnya. Walaupun baru seminggu, tapi kepenatan yang dirasai bagaikan sudah berbulan-bulan.

Dalam masa tujuh hari yang lalu, penulis boleh menilai sejauh mana pengetahuan serta pemahamannya dalam matapelajaran yang telah diambil pada tahun 1 hingga tahun 3. Penulis rasa bagaikan banyak yang tidak tahu daripada yang tahu. Dalam kelas, penulis hanya mampu diam tanpa kata bila disoal oleh professor serta doktor-doktor yang diamanahkan mengajar penulis dan ahli kumpulan yang lain.

Sekarang baru penulis tahu bahawa, penulis banyak bermain daripada mengulangkaji pelajaran. Selama ini, penulis hanya menumpukan pelajaran semata-mata untuk peperiksaan sahaja. Tapi, tahun 'clinical' membuatkan penulis sedar akan tanggungjawab penulis yang sebenar.


Mampukah penulis mengubah tabiat atau perangai penulis yang lama? Soalan ini selalu bermain difikiran penulis. Namun, masih tiada jawapan yang mampu penulis berikan akan soalan ini. Kadang-kadang, penulis juga terfikir, adakah setiap perbuatan penulis sebelum ini betul atau salah? Soalan ini juga tidak terjawab oleh penulis. Mungkin, satu hari nanti baru penulis mampu menjawab soalan-soalan ini semua.

Kita jumpa di lain waktu pula, penulis kehabisan idea...... huhuhu....

"Ya ALLAH, KAU ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa guru-guruku, dan dosa orang-orang di sekelilingku. KAU tempatkahlah kami dalam golongan yang dikehendaki MU bersama-sama dengan golongan yang beriman dan bertaqwa kepada MU. Ku juga memohon kepadaMU agar selamatkanlah arwah ayahandaku daripada azab kubur dan hindarilah arwah dari api nerakaMU. Amin."

Al-Fatihah.

1 orang berkata-kata:

My Life said...

salam..
be strong dear.. ingAt allah... moga dipermudahkan segalanya.. nsyaallah..

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits