Days till our first baby


54- Pahit dan manis kehidupan

بسم الله الرحمن الرحيم

Hidup tidak selalu indah langit tidak selalu cerah. Ramai yang tahu perumpamaan ini tapi masih ramai yang tidak tahu menghayati maksud tersembunyi. Kita hidup sebagai makhluk atau juga khalifah di muka bumi ini perlulah percaya akan qada' dan qadar Ilahi barulah hidup kita akan tenang dan aman walaupun dihimpit dugaan serta ujian hidup.

Hidup bagaikan roda, ada masanya kita di atas dan ada masanya kita di bawah. Setelah sekian lama, kita pasti akan dibuang malah ada yang dibakar. Tapi ada juga sesetengah dikitar semula dijadikan sesuatu yang berguna. Itu semua bergantung kepada apa yang telah kita lakukan semasa kita bernyawa di muka bumi ini.

Air ada pasang surutnya, begitu juga dengan kehidupan harian kita. Mungkin hari ini kita menangis, mungkin esok hari kita ketawa. Tapi kita tidak tahu apa yang akan datang pada hari-hari seterusnya. Masihkah kita mampu ketawa atau kita akan basahi dunia yang penuh dugaan dengan titisan air mata kita? Tepuk dada tanya hati tanya iman.

Jadikanlah semalam sebagai panduan serta pedoman bagi kita untuk teruskan hidup pada hari esok. Telanlah segala kepahitan yang kita lalui kerana suatu hari nanti kita pasti akan merasa yang tawar itu terlalu manis. Kalau yang manis, apakah yang kita akan rasa? Fikir-fikirkanlah. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian kepada hambaNYA melebihi had yang mampu dihadapi oleh hambaNYA. Jika kita ditimpa ujian serta dugaan dalam hidup, usahlah merungut serta berkecil hati. Tabahkanlah diri menghadapi segalanya, insyaALLAH dengan bantuan dariNYA kita akan mengatasi dengan redha.

Usah kita lalai bila kita diberi kesenangan olehNYA kerana bila-bila masa kesenangan itu pasti ditarik balik. Jangan tunggu bila dalam kesempitan baru kita ingat akan NYA kerana perbuatan itu adalah perbuatan yang dikeji.

Salam sayang.

0 orang berkata-kata:

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits