Days till our first baby


55- Idea melayang

بسم الله الرحمن الرحيم

Walaupun ku tahu ku bukan untuk mu, namun akan ku pasti berada di sisi mu tiap kali ku diperlukan kerana aku yakin aku mampu berada di sisi pada waktu aku diperlukan....

Menarik juga tulis status 'YM' yang agak gila-gila seperti ini. Kadang kala dapat menghiburkan hati sendiri. Pernah juga ditulis seperti ini "Tiap kali ku merindui mu, air mataku pasti akan mengalir membasahi pipi... Tiap kali ku terkenangkan mu, mulutku manis dengan senyuman... Tiap kali ku mimpikan mu, tidurku pasti terganggu kerana risaukanmu....". Ramai yang tafsirkan status ini untuk si 'dia', tapi hakikatnya adalah bukan.

Kenapa ramai yang mentafsirkan status ym hanya untuk si 'dia' sahaja sedangkan selain si 'dia' masih ramai lagi yang lebih disayangi buat masa sekarang. Adakah kerana sikap dan sifat si penulis membuatkan orang berfikir seperti itu? Mungkin juga ada betulnya dan mungkin juga ada salahnya. Tidak semestinya sikap dan sifat seseorang menjadi petunjuk bagaimana cara dia berfikir kerana tidak ramai yang mampu membaca fikiran orang lain. Malah ada juga yang tidak tahu bagaimana dirinya sendiri berfikir.

Pernahkah pembaca sekalian terbayang seorang yang bijak pandai pada satu masa boleh menjadi gila, malah ada yang terlibat dalam budaya yang tidak elok. Pelik bukan? Orang yang bijak pandai mesti pandai berfikir mana yang baik dan mana yang buruk, tapi perkara yang sedemikian rupa masih berlaku. Orang kampung selalu berkata, "Don't judge a book by the cover." Walaupun bijak mana pun seseorang, kalau penggunaan otaknya secara songsang akan menyebabkan dirinya menjadi orang yang paling bodoh.
Walaupun mulutku mampu tersenyum manis, namun hatiku masih tiada yang tahu...
Walaupun cakap ku bernada gembira, namun perasaan ku belum tentu tenang...
Walaupun wajahku ceria setiap waktu, namun jiwaku mungkin gelisah...

Salahkah jika status 'YM' seperti ini? Pernahkah kamu semua fikirkan maksud setiap yang tertulis dalam kata-kata itu? Mungkin ada yang pernah dan ada juga yang langsung tidak ambil kisah. Kata-kata itu bukan hanya berlaku dalam diri penulis, malah masih ramai yang mengalami perasaan seperti yang digambarkan dalam status itu.

Ramai yang mampu tersenyum riang walaupun hatinya terguris malah mungkin hatinya hancur luluh. Kenapa? Kerana psykologinya bila kita senyum walaupun dalam keadaan sedih, lama-lama kita akan rasa gembira dengan sendirinya malah mengurangkan perasaan risau sesetengah orang yang mengambil berat terhadap diri kita.

Ramai orang tidak sedar, walaupun kawan rapat atau ahli keluarganya sendiri mempunyai masalah sedangkan mereka merupakan orang yang sangat mengenali antara satu sama lain. Walaupun bermasalah, seseorang itu masih mampu bercakap malah mampu ketawa tanpa sedikit pun perasaan sedih dengan masalah yang dialaminya. Sanggupkah kamu semua, jika masalah peribadi kamu diketahui ramai? Oh, tentu sekali tidak. Begitu juga kawan kita, malah ahli keluarga kita sendiri. Mereka tidak mahu masalah peribadi masing-masing diketahui ramai. Malah ada juga yang suka mengambil keputusan untuk mengatasinya seorang diri.

Pernahkah anda gelisah dan resah memikirkan sesuatu? Anda tipu jika anda bilang anda tidak pernah gelisah serta resah. Tapi anda tidak tipu jika anda mengatakan anda resah tapi anda berpura-pura ceria. Wajah yang ceria mampu mengelakkan anda ditanya pelbagai soalan yang mungkin akan memburukkan keadaan lagi. Jadi, berhati-hati jika berbual serta bersama dengan seseorang yang ceria, kerana wajah yang ceria membawa dua maksud yang amat berbeza. Sama ada wajah ceria itu memang 'pure happy' ataupun boleh juga dikatakan topeng kepada resah hati seseorang itu. Jadi berpada-pada dalam perbuatan harian kita.

Anda mungkin tidak faham apa yang ditulis, dan ada juga yang faham maksud yang tertulis. Maafkan penulis kerana penulisan ini agak berbelit-belit kerana semasa menulis, idea datang dan pergi melayang-layang seperti layang-layang ditiup angin. Akhir kata, terima kasih.

Salam Sayang.

2 orang berkata-kata:

ana said...

maybe boleh cakap, "status ym ini ditujukan untuk ****"
**** tu boleh la letak, untuk kakak ke, kawan seksyen ke, orang kelantan ke...
so boleh elakkan salah faham.
just kidding :)

niktaufik said...

hahahaha....perlu ker???

huhuhuhuhuhu.... salah faham berlaku bila mana org yang mentafsirkan tnpa bertanya...

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits