Days till our first baby


56- Exam, Ujian, dan yang sama waktu dengannya

بسم الله الرحمن الرحيم

Mid-term exam sudah hampir. Bukan sahaja hampir tapi tinggal beberapa jam sahaja lagi. Banyak juga yang hendak dibaca untuk menjawab soalan-soalan esok yang akan berlangsung selama 2 jam mengandungi soalan seBANYAK 25 soalan MCQ (Modified Choice Question)- status Nash, dan 5 soalan MEQ(Essay). Walaupun banyak yang perlu dibaca, masih lagi sempat membaca blog-blog tulisan pelajar-pelajar di Mesir. Banyak isu-isu hangat yang ditulis oleh mereka (rasanya tidak perlu diulas lanjut).

Setiap kali musim peperiksaan perkara-perkara sebegini pasti akan berlaku. Pelik tapi itulah hakikatnya. Dalam sibuk-sibuk mengulangkaji, pasti akan ada yang menimbulkan isu-isu hangat sama ada sensitif mahupun isu yang menimbulkan kontroversi besar. Paling pelik bukanlah isu-isu hangat yang ditimbulkan, tapi hanya timbul setiap kali tiba musim peperiksaan. Tidak kiralah peperiksaan kecil mahupun besar. Pasti akan ada hal-hal sebegini berlaku.

"Tension belajar kot, sebab tu semua wat isu-isu begini", kata salah seorang rakan. "Nak cari publisiti kot," saran seorang lagi. Bagai-bagai yang keluar dari mulut orang bila berlaku hal sebegini. Tapi, yang pasti, hanya penulis blog itu sendiri yang tahu apa hajatnya yang ingin disampaikan. Mungkin bagi orang, penulis mencari publisiti, ada yang saja-saja menghilangkan bosan mengulangkaji, malah, tidak mustahil untuk memberi pengajaran serta tauladan kepada pembaca. Itu semua terpulang kepada pembaca bagi mentafsirkan apa yang difikirkanya.

***************************************

Banyak betul ujian dalam hidup ini. Sebagai manusia kita tidak boleh lari dari ujian. Lari dari satu, akan pasti datang yang lain. Tidak kira sama ada ujian itu berat atau ringan tapi yang pasti, ujian itu akan diturunkan mengikut kemampuan seorang khalifah itu sendiri. Setiap saat dalam hidup, khalifah di muka bumi ini tidak akan lari dari ujian.

Terima link dari Din Kawen, pasal satu kemalangan meragut nyawa seorang bekas mahasiswa yang baru sahaja 4 jam diijabkabulkan. Ujian bagi isterinya amatlah besar kerana baru sahaja disahkan sebagai suami isteri tapi tidak sempat untuk menjalankan tugasnya sebagai isteri malah merasai kebahagian berumah tangga.

Itu ujian kematian. Ujian yang lain masih lagi banyak. Sebagai contoh, ketika melahirkan anak. Si ibu berdepan dengan hidup dan matinya, si anak yang bakal dilahirkan juga berdepan dengan ujian. Si bapa pula besar ujiannya kelak dalam membesarkan anak-anaknya.

Banyak dalil yang mengatakan tentang ujian yang pasti akan dialami oleh khalifah bagi menguji keimanan dan ketaqwaan mereka terhadap sang PENCIPTA. Antaranya bermaksud, "Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."(at-Taghaabun: 11)

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)


Mungkin kita tidak sedar, kadang-kadang bila kita diuji, kita pasti akan ingat akan ALLAH, tapi bila kita dalam 'zon selesa' kita pasti akan lalai. Perkara sebegini sering berlaku dalam kehidupan kita, bila sakit atau ditimpa musibah, pasti akan ingat pada ALLAH, pasti rajin membaca Al-Quran. Tapi bila di 'zon selesa' usahkan berzikir, sembahyang pun belum tentu 'complete' 5 waktu sehari.

Marilah kita sama-sama tenung kembali kehidupan kita yang lalu dan jadikan pengajaran buat kita untuk masa hadapan. Pejamlah mata, fikirkan kembali kesilapan serta keegoan kita bila kita senang dan betapa hinanya kita memohon kepada bantuan ILLAHI tiap kali kita ditimpa musibah.

Salam Sayang

3 orang berkata-kata:

meorsoleh said...

5. oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(Surah al Insyirah, ayat 5,6)

dah aku dh komen.. pasni update la slalu yeeee... :P

niktaufik said...

yela2...

ish3...
bising jer...

niktaufik said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits