Days till our first baby


57- Satu permulaan

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini secara rasminya telah bermula sesi kedua bagi semester ini. Kali ini penulis telah memulakan sesi pembelajaran dalam mata pelajaran 'Internal Medicine'. Lewat pulang dari rumah seorang sahabat membuatkan penulis agak kalut pada pagi ini. Walaupun kalut, penulis masih melakukan perkara harian penulis dengan mandi dan bersiap ke kelas. Tapi pagi ini, penulis terpaksa 'skip breakfast' kerana jam di tangan menunjukkan lagi 3 minit sebelum pukul 8 pagi. Turun dari rumah dalam keadaan tergesa-gesa membuatkan penulis berjalan tanpa melihat kiri dan kanan. Semasa menaiki teksi, jam di tangan menunjukkan 8.05 pagi. "Sempat ke tidak aku hari ini?"tanya penulis sendirian. Teksi yang dinaiki penulis dipecut laju oleh abang 'driver'. "Wah, kalau camni, kul 8.10 pagi aku leh sampai kuliah nie." berkata penulis dalam senyap. Tapi, perasaan takut tetap bermain di jiwa penulis. Siapa tidak takut kalau naik kereta laju macam pelesit. Jangkaan penulis tepat, jam 8.10 pagi penulis tiba di pintu kuliah dan dengan pantas penulis berjalan ke bangunan akademik sambil berdoa agar doktor masih belum sampai. Sampai tingkat 1, sesat. Bertanya kepada mak cik yang sedang berbual dalam salah 1 bilik di tingkat itu, kemudian masuk dan duduk tanpa rasa bersalah walaupun doktor sudah ada di dalam dewan kuliah.

Diringkaskan cerita, selepas kuliah pertama 'DYSPNEA', rehat dan solat. Rasa berat untuk pergi ke 'clinical round' kerana esok ada 'exam OSCE surgery' ditambah pula ramai yang tidak hadir pada hari ini. "Ah, peduli apa, datang kelas bukan kerana orang, datang kerana ilmu, LILLAHITA'ALA." pujuk si hati kecil. "Ponteng la, esok kan ada 'exam'," bentak si nafsu. Tapi, selepas solat, kaki penulis membawa diri penulis ke tingkat 4 bangunan Internal Medicine. Walaupun yang datang hanya 6 orang termasuk penulis, Dr. Berihan tetap mengajar dengan penuh semangat. Walaupun terasa letih, tapi masih digagahkan untuk meneruskan kelas kedua bersama Dr Marwa. Kelas tamat jam 3 petang. Semua gembira kerana kelas habis awal.

Seperti biasa. selepas tamat kelas, penulis akan menghubungi ibu tercinta kerana risaukan keadaannya yang tinggal berdua bersama cucu sulong. Semasa berbual dengan ibu, penulis mendapat berita bahawa penulis mendapat seorang lagi anak buah. Selepas berbual dengan ibu, sampai sahaja di rumah, penulis terus menelefon kakak penulis bertanyakan khabarnya dan anak keduanya itu. Alhamdulillah, kedua-duanya sihat dan anaknya selamat dilahirkan. Selamat datang ke alam dunia ya Dania (nama panggilan sebelum nama sebenar diletakkan sempena nama kakaknya Dania juga). Tepat jam 5 pagi waktu Malaysia bertarikh 1Muharram 1431H, Dania selamat dilahirkan. Tahniah buat kak Moh untuk anak ke 2 (sepatutnya anak ke-3nya) tapi anak ke-2nya meninggal pada awal tahun ini selepas cukup 11bulan. Penulis tumpang gembira.

Selamat Tahun Baru Hijrah buat pembaca sekalian....

Salam Sayang

2 orang berkata-kata:

meorsoleh said...

"ponteng la taufik... ponteng la..." hehe...

balik kul 3? ade 6 orang je?? wow!! :P

takpe2... sok kalau takde aral melintang ak mai... :D

tahniah2... jadi BAPAK SEDARA... sekarang tunggu ko plak nak jadi SUAMI pastu jadi BAPAK... cepat2 la ye.. aku menunggu nasi minyak mu itu.. hehe...

niktaufik said...

huhuh...tq la meor...ko mmg shbat sejati...

tp ko jd ketua klas kan???

:D


mmmm, skrg ni biarlah aku merasaakan ada anak sedara je dlu... tuk anak sendri rasanya ada rezeki dapat lah...

kawen tu mgkin list terakhir kot buat masa skrg nie....

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits