Days till our first baby


58- Sedih

بسم الله الرحمن الرحيم

Makin pelik dunia sekarang ini. Peperangan di merata-rata, kes pembunuhan di sana sini. Tapi yang paling menyedihkan, anak kecil dibunuh dan dijual malah dirogol oleh mereka yang tidak berhati perut. Siapakah yang patut dipersalahkan? Tepuk dada tanya iman, sekuat mana pegangan agama dalam hidup kita. Adakah sedalam batu yang tenggelam di lautan ataupun hanya sedalam kaki labah-labah yang sedang berjalan di lautan yang luas?

Buka komputer, layari internet, baca surat khabar, tajuk utama bertulis "Kenapa sekejam ini?". Sedih bila membacanya. Tertanya-tanya, kenapakah perkara sebegini berlaku. Adakah si pelaku tidak pernah terfikir dan bertanya pada dirinya, andaikata hal sedemikian berlaku pada anak atau adiknya sendiri, apakah perasaannya?

Setiap kali membaca surat khabar, pasti akan ada berita mengenai kematian, tidak kira dibunuh, terbunuh ataupun bunuh diri. Setiap masa, pasti akan ada kematian, dan akan ada juga kelahiran. Mati dan hidup bukan kita yang merancang, tapi kita perlu merancang kehidupan kita untuk menghadapi kematian. Adakah pelaku jenayah ini tidak pernah memikirkan kehidupannya selepas kematiannya nanti?

Pembaca sekalian, marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada magsa kejadian dan mendoakan agar dia ditempatkan bersama orang yang beriman kepada ALLAH. Mari juga kita sama-sama mendoakan agar si pelaku jenayah bertaubat dan menyerahkan diri.

Salam Sayang

0 orang berkata-kata:

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits