Days till our first baby


60- Terkenangkan arwah di awal 21

بسم الله الرحمن الرحيم

Pejam celik pejam celik, tidak ku sangka sudah 4 tahun aku berada di bumi Mesir.Namun, walaupun 4 tahun, aku rasa bagaikan aku baru tahun pertama di sini dengan penguasaan bahasa Arab yang amat lemah, penguasaan ilmu selain ilmu perubatan juga begitu lemah sekali. Aduh sedihnya aku dengan diriku. Namun tepat jam 12 tengah malam, 27 Disember, umurku genap 21 tahun.

Ramai yang ingat dan tahu melalui FS ataupun FB mengenai tarikh ini. Terima kasih atas ucapan dan doa dari anda semua. InsyaALLAH moga segala-galanya menjadi kenyataan. Bagi tahun-tahun yang lalu, setiap kali tiba hari lahirku, aku telah menetapkan azam yang baru. Tapi tahun lepas, azamku sama dengan azam 2 dan 3 tahun sebelum itu. Tapi kali ini, azamku yang baru amat jauh dari azam yang lalu. 'Priority' azam tahun ini adalah janjiku terhadap arwah ayah yang tercinta.

Setelah kehilangan 2 orang ahli keluargaku pada awal tahun ini, dan juga awal Ramadhan lalu membuatkan keluarga bersedih. Namun, kesedihan itu hanya sementara, yang mampu kami lakukan adalah meneruskan hidup di dunia sebagai anak yang soleh bagi aku dan adik-beradik yang lain dan isteri yang solehah buat ibuku. Aku yang telah berjanji dengan arwah akan menjaga isterinya, ibuku dengan baik dan menjaganya seperti mana yang dilakukan arwah.

Masih ku ingat lagi, di saat nyawa dan badan arwah ayahku hampir terpisah, aku bisikkan di telinganya, "Usahlah ayah risau, ayah tinggalkanlah segala-galanya di sini, Pik akan menjaganya dengan sebaik mungkin seperti mana yang ayah jaga." Walaupun kata-kata itu agak tersirat, namun, arwah faham akan maksudku. Ku tahu, benda yang paling arwah sayang adalah ibuku serta anak-anaknya. Dia ingin sekali melihat semua anaknya berjaya. Alhamdulillah, ke semua anaknya telah berjaya dan semua telah bekerja melainkan aku.

Namun, kejayaan aku sampai ke tahap ini mampu membuatkan arwah gembira. Dalam gembira, arwah tetap sedih kerana berpisah jauh denganku. Masa aku bersama arwah hanyalah beberapa tahun saja. Sejak kecil, arwah yang masih muda dan gagah telah meninggalkan keluarga untuk mencari nafkah di tengah-tengah hutan. Setelah arwah agak berusia, dia berhenti kerja sebagai pembalak dan menjadi penoreh getah dan petani. Tapi pada masa itu, aku pula meninggalkan rumah ke sebuah SBP untuk meneruskan pengajianku. Lima tahun di SBP, aku pula melanjutkan pelajaran ke sini selama empat tahun. Walaupun berjauhan, namun hubunganku dengan arwah amatlah rapat. Masih ku ingat segala pesanan dan kata-kata hikmah yang arwah berikan kepadaku sejak aku kecil hingga aku yang sekarang. Oleh itu, bagi membalas jasa baiknya, aku berjanji padanya dan pada diriku, aku akan buat terbaik dan akan jaga ibuku sepertimana arwah menjaga.

Moga arwah ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman.

Salam Sayang

3 orang berkata-kata:

ibrahemazamanzain said...

ameen..
selamat hari lahir..
moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki!

macho said...

selamat hr jadi abe..

niktaufik said...

terima kasih yer smua...

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits