Days till our first baby


61- Terima kasih semua

بسم الله الرحمن الرحيم

Pertama-tamanya, terima kasih kepada ahli rumah yang pada masa sudah tarik selimut untuk tidur sanggup bangun balik untuk sambut hari lahirku pada jam 12.30 pagi 27 Disember. Maaf kalau ada salah silap.

Kedua, terima kasih dik kerana sudi ajak keluar dan bersusah payah membuat kek. Abang bukan tidak mahu keluar, tapi masa tidak mengizinkan. InsyaALLAH, ada masa kita keluar. Terima kasih hadiah-hadiah itu semua. Maaf kerana pecahkan tangkai, nanti baiki balik. Abang tetap yang dulu walaupun sudah banyak berubah. InsyaALLAH perubahan yang berlaku adalah untuk kebaikan kita bersama.

Bagi Pok Nik, Kodir, Shahir, Shima, Nana, Mas, Ijat, Ali, Amir, Shrek, Harman, Kirin, Bobo, Coi, terima kasih kerana sudi lepak sambil minum malam ini. Walaupun aku banyak kena bantai, "Penulis", Bos Besar, Hero Gadis, apa saja yang korang kenakan aku, aku terima semuanya. Memang malam ini, aku tadah telinga untuk anda semua. Terima kasih semua.

Bagi ahli rumah Ali, walaupun tidak hadir, terima kasih atas ucapan anda semua. Minta maaf kerana tidak dapat keluar pada malam tu kerana silap 'timing'. Ada masa kita keluar lagi.

Selamat malam dunia. Jumpa lagi di hari esok. InsyaALLAH.

Salam Sayang

5 orang berkata-kata:

abdullahkadir said...

tooopekk.. aku saye mung.. tp biaso la. rama brehi ko abe topek ni.hahah..

niktaufik said...

hahahaha....dir gok...gtu sllu...

meorsoleh said...

aku nak nyanyi lagu besday dalam clinical aritu. tp prof dah masuk kelas.. pastu aku pon lupe... hehe..

bdk mindef paling hensem...hahahhaha said...

hahahha..
jumpo pun blog mu topek...
setelah puas aku mencari...
heheheh
anyway,slmt hari jadi...
sempena hari lahir mu tu,
ingat2 la ko mati,
sbb kito xtau bila tarikh kito
akan dipanggil..
hehehhe

niktaufik said...

tahniah krana jmpa....kuar g carlos x ajak ak pun ek....
xpe2...

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits