Days till our first baby


62- Kita jumpa tahun depan

بسم الله الرحمن الرحيم

Tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk berakhirnya tahun 2009. Maknanya, tahun 2010 bakal menanti. Bagaimanakah tahun 2010 nanti? Adakah sama dengan tahun 2009? Kita yang tentukan semua itu, masih sama atau makin baik ataupun makin buruk. Tepuk dada tanya hati jantung masing-masing.

Banyak peristiwa yang berlaku dalam tahun 2009. Peristiwa kecil mahupun besar masih diingati dan cuba dijauhi daripada melakukannya (perisitwa yang buruk semestinya). Banyak pengajaran yang boleh diambil melalui peristiwa-peristiwa yang lalu.

Kelahiran anak saudara serta kematian anak saudara berlaku dalam tahun yang sama. Awal Ramadhan yang lalu, kehilangan ayahanda tercinta (Al-fatihah). Sebelum itu, bapa saudara juga turut pergi ke Rahmatullah berserta anak lelakinya selang beberapa minggu kemudian. Selepas kematian arwah ayah, jiran depan rumah pula meninggal menunjukkan maut tidak mengenal masa dan usia.

Dalam tahun 2009 juga banyak berlaku bencana alam di seluruh dunia, malah menggemparkan Arab Saudi dilanda banjir semasa hampir musim haji yang lalu. Peristiwa-peristiwa sebegini adalah untuk memberi peringatan dan menyedarkan kita umat Islam agar sentiasa ingat akan kekuasan ALLAH.

Selain kisah-kisah sedih, kisah gembira juga berlaku. Kelahiran anak saudara yang tahun ini adalah tiga orang, kesemuanya adalah perempuan. Tapi sedih, tidak dapat letak gambar-gambar mereka iaitu Nurhanin Farhanin, Dania Aina, dan Nureen Aireen. Dania Aina adalah yang paling bongsu buat masa sekarang. Bertambah lagi ahli keluargaku.

Tahun ini, anak saudara lelaki yang 'hyperactive' telah selamat berkhatan. Tahniah Ngah dan Abang Adik. Tahun ini juga, anak saudara perempuan yang sulung telah tamat sekolah rendah, dan akan belajar di sekolah menengah arab (ugama). Semua sudah besar-besar. Rindu nak main dengan kamu semua. Tapi apakan daya, ayah su belajar jauh dari keluarga.

Rasa setakat ini dulu coretan untuk akhir tahun 2009, hingga jumpa lagi untuk tahun 2010.

Selamat menyambut tahun baru kepada pembaca sekalian.
Salam Sayang

0 orang berkata-kata:

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits