Days till our first baby


77-Sambungan entri 60

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebelum pemergian arwah, aku pernah berfikir untuk berkahwin awal. Malah mendapat persetujuan dari arwah serta ahli keluarga. Namun, selepas pemergian arwah, niat untuk aku berkahwin awal terpaksa dibatalkan. Hidup berdua bersama ibu tersayang selama hampir sebulan membuat aku menukar fikiran. Aku merasakan, biarlah zaman mudaku dihabiskan bersama dengan ibu tercinta terlebih dahulu kerana kewujudan aku di sisinya banyak mengubat rindunya kepada suami tercinta.

Pernah satu malam, seminggu sebelum aku kembali ke Mesir, aku berbual dengan ibuku. Malam itu, aku meluahkan segala-galanya kepada ibuku. Jika diikutkan hati, aku tidak mahu pulang ke Mesir kerana terlalu risaukan dirinya yang akan tinggal berseorangan. Tapi, setelah mendengar kata-kata ibuku bahawa arwah mahu aku teruskan perjuangan aku di sini walaupun dia sudah tiada. Manakan tidak, sebagai anak bongsu, memang susah bagiku untuk meninggalkan ibuku keseorangan di rumah tanpa teman. "Pik ngaji molek, tak payah risau pasal Che, kalau Pik risau ko Che, Che lagi la tak sedak duduk. Pik gi ngaji sapa abih. Che tak dok gapo, Che nak Pik wat kelik ijazah jah. Che sene kalu Pik sene. Kalau Che puah duk sore, Che baca la yasin. Saing-saing pun ada, Pik tak payah risau ko Che. Pik ngaji deh." pujuk ibuku memberikan semangat untuk aku terus belajar menamatkan pengajian di sini.

Arwah berpesan kepadaku, "Belajarlah bersungguh-sungguh. Ayah dah tak boleh nak belajar lagi. Kak dengan abang-abang Pik yang lain dah kerja. Sibuk dengan urusan anak masing-masing, jadi Pik je la yang masih belajar yang mampu teruskan hasrat ayah. Walaupun ayah tak berjaya, tapi ayah nak biarlah anak-anak ayah berjaya. Ayah suka bila semua anak-anak ayah berjaya. Jadi Pik belajar sungguh."

Bila teringat balik pesanan ayah, tiba-tiba air mataku mengalir tanpa sedar. Pesanan itu akan ku pegang sampai bila-bila. InsyaALLAH, akan cuba sedaya upaya untuk melunaskan hasrat arwah tersebut.

Salam Sayang

3 orang berkata-kata:

GadisBerbajuBiru said...

patut abe senior kecek psl kahwin sokmo pun.meme ada niat nk kahwin awal rupanya :D

betul la tu kata che nga arwah ayah awak.ngaji molek.jnge risa bndo lain.
GOOD LUCK!

hanif hafiz said...

camnila..

kawen je..

zaujah tu pstikan jiran tetangga kt malaysia lah..

sng sikit, che dah kenal.

boleh duduk skali ngn che, jaga makan minum che..

kan kan kan

niktaufik said...

hahahaha...msg2 bg pndng masing2...bgus2...

abu, apa kata kalu ko y buat?

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits