Days till our first baby


64- Hidup sendiri-sendiri

بسم الله الرحمن الرحيم

Hangat sungguh MTC kali ini, bukan kerana usul yang akan diperbahaskan tapi banyak isu yang timbul di saat genting ini. Makin dekat dengan MTC, makin bercelaru kepala memikirkan nasib PCI. Harap isu yang berlaku hanya berlaku buat masa ini, dan akan lenyap selepas naik pentadbir baru dalam PCI nanti.

Penulisan kali bukanlah bertujuan untuk membincangkan isu atau masalah yang berlaku sekarang, tapi hanya untuk peringatan kepada diri-sendiri dan juga kepada pembaca sekalian. Terima kasih kerana sudi membaca. Kali ini, penulis akan menulis seringkas dan sepadat yang mampu.

Terima kasih kepada adik, yang banyak menyedarkan penulis terutama sekali mengenai sikap penting diri. Sebelum ini, penulis tidak pernah rasa dan terfikir bahawa sikap dan perilaku penulis adalah seperti orang yang penting diri. Selepas kejadian tempoh hari, penulis lebih banyak berfikir dan cuba memperbetulkan diri agar tidak penting diri lagi. Tapi, sesungguhnya untuk mengubah sesuatu, ia amat susah. Tapi, jika kita istiqamah dan berterusan, insyaALLAH kita mampu mengubahnya.

Banyak yang berlaku dalam diri penulis telah menyedarkan betapa pentingnya menjaga perasaan dan menghormati keputusan dan gerak kerja orang lain. Tapi, kadang-kadang perasaan dendam terhadap sesuatu atau seseorang menyebabkan kita lalai dan bertindak penting diri. Oleh kerana itu, kadang-kadang dalam tidak sedar, kita bersikap penting diri. Banyak kali berlaku dalam hidup kita, dan yang kita sedari hanyalah sedikit. Setelah terkena kepada kita sendiri, barulah kita rasai perasaan bagaimana kita bersikap penting diri terhadap orang lain.

Di sini, ingin penulis berpesan kepada diri sendiri serta pembaca sekalian, cermin dan muhasabah diri kita. Kalau boleh, elakkan sikap penting diri dalam hidup. Cubalah fikirkan nasib orang lain jika kita penting diri kerana, satu hari nanti kita juga akan termasuk dalam golongan orang teraniaya.


Jom ramaikan diri ke MTC Khamis nanti. Tunaikan kewajipan kita sebagai ahli.
Salam Sayang

0 orang berkata-kata:

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits