Days till our first baby


65-MAT

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera kepada semua. Pejam celik, pejam celik, kita sudah seminggu berada di tahun 2010. Bagaimanakah kehidupan anda semua? Sama atau berbeza dari tahun-tahun yang lalu? Adakah permulaan tahun 2010 dimulakan dengan yang baik atau sebaliknya? Semua mampu menjawab dengan betul soalan-soalan itu kerana anda semua yang tahu akan jawapanya. Harapan penulis, agar semua bermula dengan sesuatu yang lebih baik dari yang lepas.

Esok, bersamaan 7 Januari 2010, 21 Muharram 1431H akan berlansungnya Mesyuarat Tahunan Cawangan PERUBATAN Cawangan Iskandariah bertempat di Pusat Kovensional Fakulti Perubatan Universiti Iskandariah. Pelbagai usul dan cadangan akan dibahaskan serta proses pengundian ahli jawatankuasa PCI akan berlangsung. Ramai yang menjangkakan MTC kali ini akan sedikit hangat dengan isu yang berlaku beberapa hari sebelum ini. Namun, kita tunggu dan lihat apakah kesudahannya nanti.



Proses pengundian akan dilakukan bermula jam 1000 hingga 1430 pada hari yang sama dan di tempat yang sama. Antara calon-calon yang bertanding adalah:

Pengerusi:

1. Abdul Rahim Suhaini- Tahun 4
2. Muhammad Hafidzuddin bin Abdul Razak-Tahun 4

Ahli Jawatankuasa:

1. Abdullah Shauqi- Tahun 2
2. Ahmad Dzarrin Hanafi- Tahun 2
3. Muhammad Yadiy- Tahun 2
4. Mohd Hafiz bin Zaini- Tahun 2
5. Mohd Faez Bin Kadir @ Salleh-Tahun 2
6. Mohd Harris Fadhilah- Tahun 3
7. Tengku Muhammad Fakhrudin- Tahun 4
8. Ahmad Hanif bin Mohd Hafiz- Tahun 4
9. Muhammad Akmal bin Zakaria- Tahun 2


Antara calon-calon ini, ada yang sudah lama bertapak dalam jawatankuasa pentadbiran PCI dan ingin bersara antaranya calon ahli jawatankuasa no. 7 (Tengku Muhammad Fakhrudin Tengku Mohd Fauzi). Beliau bercadang untuk tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam jawatankuasa PCI pada tahun ini. Tambahan pula, ada desas desus mengatakan, beliau mungkin akan menetap di satu kawasan yang agak jauh dari penempatan pelajar PERUBATAN. Walaupun ia hanya desas desus, namun jika ia terjadi, ini mungkin akan menyusahkan beliau untuk menjalankan tugasnya nanti. Oleh itu, diharapkan agar pengundi tidak mengundi beliau semasa proses pembuangan undi nanti.

Dalam senarai calon ahli jawatankuasa itu juga, calon no. 4 ( Mohd Hafiz bin Zaini) merupakan Mandub KPKM. Menurut perlembagaan PERUBATAN, ahli jawatankuasa PERUBATAN samaada Pusat ataupun Cawangan tidak boleh memegang mana-mana jawatan dalam mana-mana persatuan mahupun pertubuhan. Memegang dua jawatan dalam satu masa mungkin akan menyebabkan AJK itu tidak mampu untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada tugasnya sebagai AJK PERUBATAN. Oleh itu, bagi tidak memeningkan pihak JPPPCI (JPC nama sebenar dalam Perlembagaan) usahlah dipilih calon ini semasa pembuangan undi esok kerana, calon ini berkemungkinan besar akan memilih jawatan yang disandangnya sekarang. Ini hanya andaian penulis, namun hakikatnya belum pasti kerana itu semua bergantung kepada diri calon itu sendiri.

Bagi calon-calon yang lain, penulis merasakan mereka semua berbakat dan berkaliber untuk menjadi pucuk pimpinan PCI bagi sesi 2009/2010.


Sama-sama kita hadirkan diri ke MTC. Undi anda adalah suara anda semua.
Salam Sayang

0 orang berkata-kata:

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits