Days till our first baby


66- Terlajak kata tersalah bahasa

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti biasa, MTC merupakan tempat untuk bermuhasabah dan memberi cadangan kepada semua perwakilan mahupun pemerhati yang menghadirinya. Maka, hari Khamis lalu telah berlangsungnya MTC kali ke-3 di Pusat Konvensyen Fakulti Perubatan Universiti Iskandariah. Tahun ini, MTC berjalan lancar dan agak 'panas' berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini. 3 usul telah dipilih untuk dibahaskan, namun hanya 2 usul yang dibahaskan dan dipersetujui oleh perwakilan yang hadir. Usul ke-3 tidak dibahaskan kerana ia adalah cadangan pada asalnya dan telah disalahertikan oleh pemilih usul.

Selepas perbahasan usul, sesi muhasabah dan sesi cadangan telah dijalankan. Pada sesi ini, sepeti biasa, perwakilan yang hadir diberi peluang untuk bersuara menyuarakan pandangan dan pendapat serta muhasabah. Semasa sesi ini, penulis menegur tentang penggunaan istilah yang sering kali disalahgunakan oleh ahli PCI. Antara istilah yang kerap disalahgunakan adalah PRESIDEN. Bagi yang mengetuai PCI adalah PENGERUSI, bukanya PRESIDEN kerana PRESIDEN mengepalai PERUBATAN. Dek kerana memberi sebagai contoh, penulis dianggap seperti tidak berpuas hati dengan salah seorang. Tidak terdetik di hati penulis untuk menyalahkan si fulan bin si fulan. Memang silap penulis kerana hanya menyatakan satu contoh sahaja. Sekiranya si fulan terasa, penulis MEMOHON MAAF.

Ramai yang anggap isu ini isu remeh, sedangkan mereka tidak tahu itu termaktub dalam PERLEMBAGAAN PERUBATAN. Cuba bayangkan, kita memanggil Menteri Besar sebagai Perdana Menteri, adakah orang akan berdiam diri sahaja? Situasi di sini juga sama. Sama seperti menggelarkan Tengku Mahkota kepada Tengku Temenggung, pasti murka Tengku Mahkota yang sebenar. Pasal JPP dengan JPC, memang tugasnya sama tapi namanya berbeza. Orang kata, "alah, satu huruf jer pun, tu pun nak kecoh." Memang satu huruf silapnya, tapi cuba bayangkan. kita menandatangi satu perjanjian. Asalnya, RM 1,000,000, tapi kerana kesilapan kita dalam menulis angka menjadi RM 1,000,0000. Hanya tersilap tulis lebih satu 0 menyebabkan kita terpaksa menanggung akibat yang sangat besar.

Seperti juga, isu penarikan diri beramai-ramai. Sekiranya tidak paham mengenai etika yang ditetapkan, bertanya. Kalau tidak, memang kita akan buat silap. " Tertulis borang penarikan diri adalah 5 borang sahaja. Tidak pula tertulis penarikan diri hanya 5 orang." Tiba-tiba ada suara yang sayup-sayup kedengaran, "Kalau camtu, baik tarik diri semua.". Aduh, ada juga yang berfikir sampai begitu sekali. Kalau semua tarik diri, jawabnya tiada orang yang akan memimpin PCI kelak.

Sesi muhasabah diteruskan, ada yang mengeluarkan mengenai isu pelbagai persatuan dalam PERUBATAN. Isu ini tidak pernah senyap sejak tubuhnya PERUBATAN, kenapakah ia masih menjadi isu bagi kita semua? Kenapa tidak ada perbincangan luar dari MTC? Kenapa hal ini mesti timbul dalam MTC? Penulis mula naik bosan bila hal ini dikeluarkan setiap kali MTC mahupun MAT. Tidak bolehkah mereka semua berbincang, duduk satu meja bagi menyelesaikan masalah ini? Atau masing-masing keras kepala dan mahu mengikut kepala sendiri? Usahlah digaduhkan lagi mengenai hal ini. Bak kata salah seorang perwakilan pada MTC lalu, ini baru di Mesir, kat Malaysia banyak lagi jemaah yang ada. Kalau setakat dua tiga jemaah sudah bergaduh bagaikan mahu perang dunia, kalau di Malaysia entah bagaimana mahu hidup.

Rasanya, cukup dahulu di sini, sedikit sebanyak cerita ringkas mengenai MTC yang lalu. Moga semua teruskan berusaha dalam menghadapi hidup yang semakin menyukar. Udah-udahlah bergaduh pasal persatuan. Bak kata Pengerusi, Abdul Rahim Suhaini, "Bersatulah wahai ahli PCI, kita mantapkan PCI." Akhir kata, takziah dan sekalung tahniah kepada AJK yang telah dipilih. "Sekiranya kamu dipilih untuk memimpin, sesungguhnya orang yang memilih kamu itu percayakan kamu dan mereka bersedia untuk membantu kamu dalam menjalankan tugas kamu. Oleh itu, usahlah kamu bersusah hati sekira kamu tidak mampu melaksanakannya seorang diri. Mintalah bantuan dari kalangan kamu untuk membantumu."

Salam Sayang

3 orang berkata-kata:

bdak yg slalu duduk sebelah ko dalam clinical round said...

ko kene naik ni tahun depan topek oi... series... :D

dah la kacak, bergaya, baik dengan junior, rakan se-batch malahan tidak dilupakan rapat dengan senior. Hero gadis plak tu. dah nak same tahap dengan Rahim suhaini.. Rahim suhaini plak belom lagi jadi hero gadis... kire ko la paling mantop skarang ni..

ape lagi nik topek??? go nik topek!!!

niktaufik said...

hahahaha...meor, agak2 la....xkn naik la....kalu naik, aku tarik diri...borang ada 5 pun, aku wat surat rayuan...xpun photostat....

Syahir Amir said...

persatuan bapak ayam di bawah kelolaan nik taufik

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits