Days till our first baby


68- Perlu atau tidak?

بسم الله الرحمن الرحيم

Malam ini, tiba-tiba keluar perasaan yang agak susah untuk penulis membuat keputusan. Hampir 1 jam penulis memikirkan perkara ini. Adakah perlu atau tidak bagi penulis untuk melakukannya? Namun begitu, penulis masih belum mendapatkan jawapan bagi persoalan. Sebenarnya, persoalan itu wujud setelah sekian lama dahulu, entah mengapa tiba-tiba persoalan itu wujud kembali pada malam yang indah ini membuatkan penulis terpinga-pinga mencari satu jawapan yang pasti.

Sebelum ini, penulis selalu atau boleh diketagorikan konsisten melakukannya. Sejak beberapa bulan yang lalu. Namun, selepas beberapa minggu selepas 'hal itu' berlaku, penulis merasakan penulis tidak perlu lagi melakukannya. Tambahan pula, adik kesayangan juga berpesan " Usahlah abang pening-pening kepala fikir, nanti orang kata abang terhegeh-hegeh pula". Ada benar kata adik, tapi, penulis tidak mahu dianggap yang penulis amat kecewa. Walaupun ada perasaan kecewa, tapi tidaklah sampai memutuskan perhubungan dengan Ma. Sedangkan Ma tidak bersalah dalam hal ini. Tiada siapa pun bersalah dalam hal ini. Semuanya kehendak Ilahi.

Penulis rasa, penulis tidak salah melakukannya. Tapi penulis bimbang takut disalahertikan oleh beberapa pihak sekiranya penulis melakukannya. Penulis tidak mahu menimbulkan masalah dalam hal yang remeh-temeh. Oleh sebab itu, penulis agak pening memikirkannya. Penulis sekarang dalam situasi bagaikan ditelan mati emak, diluah mati bapa. Mungkin Ma tertanya-tanya, bagaimana keadaan penulis, dan mungkin juga langsung tidak ingat akan penulis. Namun, penulis akan tetap ingatkan Ma. Penulis rasa, biarlah dahulu buat masa sekarang. Mungkin satu hari nanti, akan penulis membuat keputusan dengan lebih bijak.

Balik bercuti yang lalu, pernah terlintas di fikiran penulis untuk menziarahi atau lebih elok bahasanya, berkunjung ke rumah Ma. Namun, penulis masih belum dapat mencari alasan mahupun sebab yang kukuh bagi membawakan penulis ke sana. Mungkin penulis tidak kenal rumahnya, namun hal itu bukanlah perkara yang besar kerana selok belok kawasan itu sedikit sebanyak berada dalam kepala penulis. Jadi, tidak susah sekiranya penulis hendak berkunjung ke sana. Kalau penulis ke sana pada masa dan waktu yang tidak sesuai, mungkin akan memburukkan lagi keadaan. Parah dibuatnya jika pada masa itu berlangsungnya sesuatu majlis yang sepatutnya tidak dihadiri oleh penulis. Oleh sebab itu, langkah terbaik yang mampu penulis buat sewaktu cuti yang lalu adalah tidak berkunjung ke sana dan, insyaALLAH, jika diizinkanNYA dan dijemput ke sana, mungkin penulis akan tiba.


Nureen Airien bte Mohd Azdi


Salam Sayang

0 orang berkata-kata:

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits