Days till our first baby


69- Menanti dan mencari

بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah lama agaknya blog ini tidak dikemaskini dengan entri-entri terbaru. Entah mengapa, rasa kurang idea untuk menulis di sini. Kadang-kadang idea datang tapi bila hendak mula menulis, idea terbang melayang. Mungkin selepas ini, kalau idea datang dengan tiba-tiba, mungkin perlu mencatatkan di mana-mana.

JODOH. Ia tidak datang bergolek, tidak terbang melayang. Kita perlu mencarinya. Semuanya telah tertulis, tapi kita masih tetap perlu berusaha.
[Ramai sudah yang kahwin. Mungkin yang tertulis untuk ku masih lambat. Tahniah sahabat-sahabat sekalian]


Bila meletakkan kata-kata ini di YM mahupun FB, ramai yang ingat diri yang kerdil ini hendak kahwin. Tapi kisah sebenarnya, masih terlalu awal buat penulis untuk berkahwin. Seperti entri yang lalu, kalau diizinkanNYA, insyaALLAH selepas tamatnya HO baru penulis akan berkahwin. Tapi, kalau jodoh tiba sebelum masa itu, maka itulah yang terbaik buat diri penulis.

"JODOH, tidak datang bergolek tidak terbang melanyag. Kita perlu mencarinya." Apa pandangan pembaca sekalian? Betul atau salah? Bagi penulis, ia adalah betul atas beberapa alasan yang munasabah. Pertama, hayati firman ALLAH dalam kitabNYA, al-Quran dari surah an-Nur ayat 26 yang bermaksud "(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.". Jelas di situ bahawa, sesiapa inginkan jodohnya dari kalangan yang baik-baik, maka dia hendaklah berusaha memperbaiki dirinya untuk ke arah kebaikan.

Selain dari itu, kalau menurut logik akal kita pula, memang jodoh seseorang tidak akan datang bergolek walaupun telah ditetapkan malah tertulis dalam buku kehidupan seseorang sejak ditiupkan roh ke badan mereka. Cuba bayangkan, seorang wanita atau muslimah solehah yang tinggal bersama sebuah keluarga yang warak dan taat kepada perintah yang Maha ESA ingin berkahwin setelah umurnya sesuai untuk dia berkahwin. Namun, muslimah itu tidak pernah keluar dari rumah melainkan atas urusan yang memerlukan dia keluar dari rumahnya bersama mahramnya. Oleh kerana tidak pernah melihat muslimah itu, jiran di tepi rumahnya tidak pernah tahu akan kewujudannya.

Bagaimanakah orang ingin meminang ataupun dengan bahasa lama, menyunting bunga ditaman sedangkan orang tidak pernah tahu akan kewujudannya? Oleh itu, bagi memenuhi keinginan muslimah tersebut, ahli keluarganya berusaha mencari calon yang sesuai buatnya. Setelah menemui calon yang sesuai, akan diperkenalkan pula calon suami muslimah itu kepadanya. Adakah saudara atau saudari semua nampak apa yang cuba penulis sampaikan di sini? Walaupun bukan diri sendiri, malah orang lain akan pasti mencari dan berusaha untuk menemukan jodoh seseorang. Jadi, jelaslah jodoh tidak akan datang bergolek mahupun terbang melayang.

Rasanya setakat ini dahulu untuk entri kali ini. Mungkin akan menyusul nanti entri-entri yang lain. Mungkin lebih menarik dan mungkin membosankan. Terima kasih kerana sudi membaca.

Salam Sayang

4 orang berkata-kata:

hanif hafiz said...

selamat pengantin baru

niktaufik said...

selamat2.....
kepada abu yang nk kawen thn depan, bersedialah anda ye...

azalea said...

hurm..nk kawen jgn lupe ajak..=)

niktaufik said...

insyaALLAH, 1 batch supremacy aku ajak nnt..klu ada rezeki...

hihihi....

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits