Days till our first baby


70- Cuti

بسم الله الرحمن الرحيم

Cuti. Satu perkataan yang selalu ditunggu-tunggu oleh semua orang. Kalau dalam Bahasa Inggeris, 'Holiday'. Semua orang tidak sabar membilang hari bila dengar cuti. Banyak aktiviti yang dirancang walaupun sebulan sebelum bermulanya cuti. "Well, it's better to be like that because, if we fail to plan means we are planning to fail."

Sekarang tinggal hanya kurang dari 24 jam, atau dengan bahasa lebih mudah difahami adalah hari ini adalah hari yang terakhir bagi cuti selama dua minggu. Rupanya, bila kita tidak mengejar ia, maka ia akan meninggalkan kita. Rasa sekejap sahaja cuti ini. Seperti baru minggu lepas bermulanya cuti sedangkan cuti bermula pada 6 Febuari lagi.

Cuti kali ini sepatutnya diisi dengan permusafiran ke Kaherah dan Puncak Sinai. Sudah lama tidak berkunjung ziarah sahabat-sahabat di Kaherah dan muhafazah lain. Rasa rindu yang amat sangat kepada mereka semua. Rindukan gelak tawa, ramah mesra dan gurau senda mereka semua. Puncak Sinai yang telah lama diidam-idamkan untuk didaki masih belum mampu tertunai. Bukan kerana kesempitan wang, tapi masa tidak mengizinkan.

Sebermulanya cuti pada 6 Febuari lalu, maka bermulalah satu penghijrahan beramai-ramai (tidaklah ramai itu lebih dari 1000 orang, tapi hanya 4 orang sahaja). Sidi gabir telah kami tinggalkan, dan sekarang menjadi salah seorang penduduk Camp Ceasar (ada orang mengeja Camp Chesar). Dek kerana rumah lama agak jauh, tapi tidaklah sejauh penempatan saudara Wan Jeman dahulu, tapi tamatnya kelas pada jam 4 petang hampir setiap hari agak membebankan. Oleh itu, salah seorang dari ahli rumah penulis (Ahmad Zorf) nama panggilan 'glamour'nya Mad Ju telah menemui sebuah rumah di mana kami berempat sedang berteduh sekarang. Terima kasih Mad Ju.

Seminggu cuti telah kami gunakan untuk membersih rumah yang sedang kami duduki, mengemas barang di rumah lama (Sedi Gabir) dan mengemas serta membersihkan rumah lama malah memindahkan barang. Jutaan terima kasih penulis ucapkan kepada saudara Faris (nama manjanya Bob), Zikir, Kamarul Azhar, Bakri, Harith (Sukun) dan sahabat-sahabat lain yang banyak membantu dalam proses penghijrahan ini. Sepatutnya, seawal cuti, penulis akan menghadirkan diri untuk Mesyuarat Agong Tahunan Perubatan (MAT-7) tapi kerana tidak mahu melengahkan proses penghijrahan ini, penulis terpaksa menarik diri.

Ini adalah hasil daripada penghijrahan dari Sedi Gabir ke Camp Ceasar.




Salam Sayang

0 orang berkata-kata:

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits