Days till our first baby


72- Perempuan meminang lelaki

بسم الله الرحمن الرحيم

Perempuan meminang lelaki. Pelikkah? Bolehkah? Mungkin ada yang katakan pelik dan ada yang kata tidak. Ada juga yang kata boleh dan mungkin ada segelintir masyarakat akan mengatakan tidak. Itu semu bergantung kepada pandangan dan sebanyak mana ilmu di dada.

Perigi mencari timba. Itulah yang selalu orang akan katakan bila mana ada seorang wanita mencari seorang lelaki dan bersungguh-sungguh untuk memiliki lelaki itu. Biasanya, bagi masyarakat Melayu, hal ini adalah pelik dan pasti ada yang mengatakan, dunia sudah terbalikkah? Tapi itulah hakikatnya adat melayu bila mana seorang perempuan meminang seorang lelaki untuk dijadikan suaminya. "Biar mati anak, jangan mati adat". Satu ungkapan yang tidak masuk akal jika difikirkan dengan otak yang waras.

Mengutip kata-kata Tuan Guru Nik Aziz dalam kuliahnya,"Orang perempuan, kalau sudah berkenan kepada mana-mana lelaki(cukup sifat sebagai seorang suami yang mampu memimpinnya) cepat-cepatlah meminang lelaki itu. Usah tunggu lelaki itu mulakan, dan tidak salah kalau perempuan itu mulakan dahulu." Seorang ulama mengatakan tidak salah sekiranya seorang lelaki dipinang oleh seorang perempuan kerana pada kehidupan Nabi, malah dalam sirah hidup Nabi S.A.W, ada perempuan yang meminang lelaki, dan Nabi S.A.W tidak menghalang hal sedemikian. Ini bermakna, Islam tidak melarang hal sebegitu dalam membina sebuah 'masjid'. Tapi, dek kerana adat, masyarakat melayu menganggap itu sebagai sesuatu yang pelik dan ada juga yang menganggap ia adalah satu petanda yang tidak baik untuk memulakan proses Nikah Kahwin.

Pernah juga terlintas di fikiran penulis, ada atau tidak berlaku perkara sebegini pada masyarakat melayu? Dalam pengetahuan dan pengalaman penulis, masih belum pernah dengar lagi hal ini berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu. Jadi, penulis terfikir, tidak salah rasanya jika dalam kehidupan penulis, penulis membina sebuah keluarga dengan permulaan sebegini. Ramai sudah yang ditanya mengenai hal ini, ada yang memberi respon yang menggalakkan. Malah ada juga yang mengatakan, "Test power ke mamat ni?" Bukanlah niat penulis untuk test power, tapi hanya untuk membuat kelainan dari orang lain. Mungkin orang akan mengata, tapi biarlah mereka hendak berkata apa sahaja kerana lambat laun, mereka pasti akan diam jua.

Seorang ustaz bercerita kepada penulis,(maaf kalau cerita ini mungkin ada sedikit terlari fakta, tapi penulis akan cuba untuk mencari cerita yang tepat).Pada zaman Rasulullah S.A.W, dalam satu majlis ilmu,ada seorang wanita menawarkan diri untuk menjadi isteri baginda, namun baginda menolaknya dengan baik dan berjanji akan mencarikan seorang lelaki yang lebih sesuai dengan wanita itu untuk menjadikan suami kepada wanita itu. Lalu, Rasulullah S.A.W bertanyakan kepada para sahabat yang hadir pada majlis ilmu itu, "Siapakah dari kalangan kamu yang sanggup untuk menjadi suami kepada wanita ini?" Lalu jawab seorang sahabat, "Saya, ya Rasulullah." Kemudian,bertanya lagi Rasulullah kepada sahabat itu, "Apakah harta yang kamu ada untuk dijadikan hadiah kepada wanita ini sebagai tanda atau hadiah perkahwinanmu?" Lalu, lelaki itu menjawab,"Izinkan aku pulang ke rumah ku untuk melihat apa yang ada." Setelah pulang dan mencari apakah harta yang dimilikinya, lalu lelaki itu datang berjumpa Rasulullah dengan sebentuk cincin. Lalu bertanya Rasulullah kepada wanita itu, "Sanggupkah engkau menjadi isteri kepada lelaki ini dengan mas kahwinnya sebentuk cincin?" Wanita itu bersetuju lalu mereka berdua dikahwinkan oleh Rasulullah.

Dari cerita ini, sesungguhnya wanita boleh meminang lelaki yang dikehendakinya dan diterima oleh lelaki itu untuk mengahwininya, tapi dengan syarat mestilah berwali dan lelaki itu memberikan mahar kepada wanita itu. Di sini turut disertakan link sebagai rujukan.

Jika ada salah dan silap, harap mendapat teguran dari pembaca sekalian.

Link 1
Link 2

Salam Sayang
Iluvislam

7 orang berkata-kata:

hanif hafiz said...

hipotesis;

penulis ade minat kt seseorang dan berharap seseorang itu aku masuk line dulu.

hipotesis II;
penulis nak kawen dah

niktaufik said...

hipotesis ditolak...
penulis masih belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga, tapi kalau sudah sampai seru nk buat camne kn?

penulis tidak mengharapkan seseroang itu masuk line dulu, tapi penulis hanya pelik dengan adat masyarakat Melayu...

GadisBerbajuBiru said...

ye,adat melayu yang pelik..pdhl Islam xpernah melarang jika perempuan yang mulakan langkah terlebih dahulu..walaupun diri sendiri tak baik,tapi sudah semestinya mgharapkan jodoh yg baik agar nanti dapat mendidik dan membetulkan kita apa yang salah :)

niktaufik said...

ape lagi...
mulakanlah dulu.... kn ramai y orang kata berkelayakan kat mansurah tue...

hihihihi

My Life said...

salam
kak ima doakan yg terbaik untuk fik..

niktaufik said...

terima kasih kak...

azalea said...

nk kawen jgn lupe ajak..huhu..=)

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits