Days till our first baby


73- Terngiang-ngiang

بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah masuk hari keempat cuti untuk persedian peperiksaan akhir semester bagi pelajar-pelajar tahun empat. Tiba-tiba tangan rasa 'gatal' untuk menaip di sini. Bukan malas mengulangkaji, tapi mood kurang elok hari ini. Pagi tadi bermula dengan pagi yang agak 'dingin' menyebabkan mood untuk belajar hilang. Betul kata Tuah Iskandar, "untuk hari yang ceria, mulakan dengan pagi yang ceria." Tapi apakan daya, perkara sudah terjadi. Namun, masih juga dipaksa diri ini untuk mengulangkaji walaupun dua tiga helai. (Lebih baik sedikit dari kosong)

Semenjak dua menjak ini, kata-kata arwah ayahanda penulis terngiang-ngiang di telinga berpesan memberi semangat kepada penulis. Kata-kata bonda juga turut menjadi perangsang kepada penulis untuk terus berusaha dan bertungkus-lumus memerah keringat. "Berjuang selagi masih ada nyawa dan masa.... Jangan cepat putus asa dan mengalah..."

Seminggu sebelum arwah ayahanda masuk ke hospital, arwah berkata, "Ayah tak nak apa-apa dari Pik, ayah nak Pik berjaya. Kak-kak dengan abang-abang Pik semua kerja dah, semua dah berjaya, Pik je yang masih belajar lagi. Ayah pun suka dah Pik boleh masuk U. Tapi ayah kalau boleh nak tengok Pik berjaya tamat belajar nanti. Ayah tua dah, tak lama dah ayah nak hidup,kalau tanya pasal ngaji, ayah kalau boleh nak ngaji lagi. Tapi Pik tengoklah ayah ni macamana, nak berjalan pun tak larat mana. Jadi,kalau Pik berjaya pun, ayah rasa gembira dah."

Tiga hari sebelum penulis terbang ke Mesir pada cuti musim panas yang lalu, satu malam bersama dengan bonda, "Pik duk sana tak payah fikir la pasal Che, Che bosan duk sorang-sorang, Mok Ha ado, Mak Cik Kiah ada, saing-saing ada. Pik fikir pasal ngaji jer. Kalau Pik ingat ko arwah, Pik baca quran banyak-banyak, sedekah Fatihah. Tak payah nak risau kat Che. Pik duk sana ngaji jah." Itulah kata-kata bonda setelah penulis bersuara untuk lebih lama menemaninya (memanjangkan cuti musim panas).

Pada suatu hari pada tahun 2008, semasa berbincang dengan abang penulis yang ke-2 mengenai satu perkara, "Abe bukan gapo, abe nak tengok Pik berjaya, pasal benda tu, Abe tak kisah pun. Kalau Pik rasa Pik boleh handle abe tak dok nok kata gapo. Cuma abe takut ganggu pelajaran. Kalau tanya abe, abe kalu boleh nak Pik berjaya dulu. Abe nak sambung ngaji pun tak leh doh. Pha pun tak nak ngaji doh. Pik je harapan keluarga kita. Kalau Pik rasa Pik boleh, abe tak halang dan abe tak bangkang."

Salah seorang kakak penulis pernah berkata, "Mu nak gewe, nak couple ikut mu la, tapi kalau result mu tak pass aku malas nak bayar. Mu tanggung sendiri. Aku pesan awal-awal. Aku tak kisah pasal jadi penjamin mu, tapi tu untuk masa depan mu."

Semasa di hospital sewaktu menjaga arwah ayah, datang seorang doktor yang bertugas berbual dengan penulis. Selepas dia mengetahui penulis seorang pelajar perubatan, dia berkata "Awak belajar baik-baik, nanti awak boleh ganti saya. Rumah awak pun tak jauh dari hospital. Bukan setakat ayah, malah awak boleh tolong rawat orang kampung awak."

Rasanya setakat itu dulu untuk kali ini. Cuma satu perkongsian buat pembaca sekalian. Rasa ingin sambung mengulangkaji pula. Tiba-tiba rasa bersemangat pula. Jumpa lagi untuk post yang akan datang.

Salam Sayang

7 orang berkata-kata:

adiakbar said...

very inspiring indeed...

ngaji molek2 pik..mu dekat nak abis doh..aku la hok lama lagi..

gud luck exam :)

niktaufik said...

thanx dude...
mu pun, gudluck exam...

hanif hafiz said...

mg nak nikoh ko ..nk apo ko..
ikuk mg ah..
jnji mg bhgio
;p

haih..
bnyk cerita2 mengundang ni..

niktaufik said...

cerita apakah yang mengundang wahai abu...

khairi said...

entri kali ni sangat sedih.
Rasa macam nak menangis pun ada.
I wish you all the best in the becoming exam!

p/s : teringat arwah mak bila baca post ni. Mari kits sedekahkan al-fatihah kepada orang tersayang yang terlebih dahulu meninggalkan kita.

~Al-Fatihah~

niktaufik said...

apa yang menyedihkan nie?
tq 4 da wish...

Al-fatihah...

niktaufik said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits