Days till our first baby


74-Facebook

بسم الله الرحمن الرحيم

Pernah baca "Facebook Friends not real friends". Kiriman ini ditulis oleh salah seorang kawan penulis. Kalau hendak tahu secara lengkap, bolehlah ke blognya. [Cari sendiri]

Bagi sesiapa pelajar alex yang pernah jumpa dan 'add friends', jangan terasa hati kalau-kalau penulis tidak 'approve'. Bukan sombong bukan berlagak. Tujuan awal penulis membuka akaun di FB adalah semata-mata untuk berkomunikasi dengan sahabat-sahabat dan rakan-rakan semasa di sekolah dan di matrikulasi dahulu.

Tambahan pula, masing-masing belajar jauh di seluruh pelusuk dunia menyebabkan kami kurang berjumpa bertanya berita. Oleh sebab itu, dengan adanya akaun di FB membolehkan penulis bertukar-tukar cerita dan pendapat serta pandangan setelah sekian lama tidak bertemu.

Bagi pelajar di Iskandariah, rasanya kita masih punyai masa yang agak panjang di sini. Rasanya tidak perlulah penulis jelaskan dengan lebih lanjut lagi. Maafkan penulis sekiranya ada yang terasa hati sekiranya penulis tidak 'approve' kalian. Mungkin ada yang terlepas pandang, ada beberapa orang penulis ter'approve'. Jadi, harap jangan ada yang berkata penulis sombong atau berlagak. Sekian.

Salam Sayang

4 orang berkata-kata:

khairi said...

tak ambil hati langsung pasal facebook ni~

(secara jujur, juga ada rasa kecil hati pada mulanya)

meorsoleh said...

takpe la nik taufik. ana faham. cuma ana nak cakap, "hargailah sesuatu itu sebelum ia hilang..."

jadi, jangan menyesal la kalo tetiba ana meninggal ke ape, anta x sempat approve facebook ana.. hahaha... :P

Syahir Amir said...

ahhh!!!!tiada maaf utk penulis!!!

niktaufik said...

kasar demo boh...

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits