Days till our first baby


75- Bersungguh-sungguh

بسم الله الرحمن الرحيم

Pertama-tamanya, marilah kita bersyukur kerana masih diberi kenikmatan menghirup udara dan merasai kehangatan cahaya mentari percuma oleh Sang Pencipta. Percuma? Betulkah percuma? Cuba fikir balik, adakah betul udara yang kita hirup ini percuma? Cahaya kepanasan mentari ini percuma? Bila difikirkan balik apa yang kita dapat ini bukanlah percuma semata-mata, tapi ia adalah berbayar. Tak percaya? Ku bayangkan, satu hari kita diwajibkan mendirikan solat berapa kali? Bulan ramadhan, kita diwajibkan berpuasa berapa hari? Itu hanya perkara-perkara wajib, belum lagi perkara sunat yang kita buat. Jangan ingat DIA menciptakan kita sebagai makhlukNYA adalah semata-mata untuk menghirup udara percuma. Tapi kita mesti ingat dan sematkan di hati, tujuan sebenar kita hidup. Bukan untuk bersuka ria, tapi untuk beribadah. Tak cukup lagi dengan nikmat yang kita nikmati ini untuk kita balas dengan beribadah kepadaNYA? Tanyalah diri kita sendiri.

Berbalik kepada tajuk kiriman kali ini, "BERSUNGGUH-SUNGGUH". Kadang-kadang pelik dengan sikap manusia. Mahukan sesuatu, tapi buat dengan sambil lewa. Dia mahukan sesuatu dari seseorang, tapi orang yang hendak memberi pula lebih bersungguh-sungguh sedangkan si peminta hanya sambil lewa dan sekali diberitahu, sekali dibuat bak tukul dengan pahat. Kadang-kadang, kesian juga bila difikirkan, orang itu mahu membantu si peminta, tapi dia pula yang lebih-lebih ingin membantu tapi yang si peminta bagaikan mahu tak mahu.

Penulis kadang-kadang bangga juga dengan sesetengah masyarakat Arab. Walaupun kaki dipotong, berjalan terhenjut-henjut, jalan bertongkat, malah ada juga yang berjalan berbongkok-bongkok, namun mereka masih bersungguh-sungguh mencari keredhaan dan keampunan ILAHI. Sanggup berjalan pergi ke masjid semata-mata untuk solat fardhu berjemaah. Walaupun boleh dikatogerikan dalam uzur yang membolehkan mereka solat duduk ataupun solat di rumah, namum semangat mereka membuatkan mereka rasa kuat untuk berdiri walaupun selama 15 minit semata-mata untuk 'berjumpa' dengan Sang Pencipta. Tapi, penulis kadang-kadang sedih dengan diri penulis sendiri. Penulis yang cukup sifat, sihat tubuh badan kadang-kadang malas untuk ke masjid bagi menunaikan solat fardhu berjemaah. Itulah bila tiada semangat bersungguh-sungguh untuk 'berjumpa' dengan NYA, kita pasti lemah untuk melawan hasutan syaitan.

Dalam belajar juga, kita perlukan semangat ini. Bila tidak bersungguh-sungguh, maka jadilah seperti peperiksaan 'Surgery' pada pagi tadi. Mendapat kertas soalan dan hanya mampu tersenyum melihat soalan-soalan di depan mata. Bagai seperti budak yang tidak pernah belajar semua itu. Tapi alhamdulillah, yang mana boleh dijawab mampu dijawab dengan baik, yang tidak, hanya mampu bertawakkal kepadaNYA. Jadi, pengajaran pada kali ini, moga jadilah insan bersungguh-sungguh di masa akan datang. Jangan dalam satu perkara sahaja, tapi dalam semua bidang yang kita ceburi. Bukan hanya dalam permainan boling, malah dalam pembelajaran pun mesti bersungguh-sungguh serta tidak lupa, perkara penting dalam hidup kita, BERIBADAH.


Salam Sayang

3 orang berkata-kata:

azalea said...

gud luck exam..study leklok..

p/s:jgn maen fb je..uhu

niktaufik said...

baik cg...

khairi said...

so, study la bersungguh-sungguh~

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits