Days till our first baby


78- Entah mengapa

بسم الله الرحمن الرحيم


Entah mengapa,
bila cuba berubah,
ada saja yang menghalang,
mengutuk dan mencerca malah mencaci.

Entah mengapa,
mereka bersikap sebegitu,
bukan ingin membantu,
mematahkan semangat lebih banyak.

Entah mengapa,
bila dibuat itu disalahkan orang,
dibuat ini dikutuk orang,
sedangkan itu dan ini adalah yang diajar,
yang disuruh Rasulullah.

Entah mengapa,
ramai yang berteman,
tapi seperti tidak berteman,
kalau solat hendak solat sendirian,
kalau ke masjid teman tidak diajak.

Entah mengapa,
bila ditegur silapnya,
dimarahi dan diherdik pula,
dikata pula, "engkau pun sama",
tapi tidak pula dijawab,"kalau aku pun sama, jomlah kita berubah".

Entah mengapa,
tiba-tiba mahu menulis sebegini.

Sekian....

Terima kasih.
Salam Sayang

2 orang berkata-kata:

GadisBerbajuBiru said...

sabar itu indah :)

mulut tempayan senang nk tutup,
mulut manusia???

terima dengan hati terbuka
semuanya adalah ujian
ujian mengajar erti kehidupan
memberi kekuatan

andai tiada kekuatan,mana bisa menjalani sisa-sisa kehidupan di masa hadapan

niktaufik said...

huhuhu...
terima kasih...

tu cakap kat y berlaku sekeliling...
hihihi

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits