Days till our first baby


79- Serius atau main-main

بسم الله الرحمن الرحيم

Serius atau main-main. Itulah yang selalu berlaku dalam hidup kita. Kadang-kadang, bila mana kita buat atau berkata sesuatu dengan serius, orang kata kita main-main. Bila buat sesuatu dengan main-main, orang anggap kita serius. Wah, sungguh susah untuk orang memahami kita.

Mungkin kerana sikap kita yang selalu main-main, bila mana berkata atau membuat sesuatu dengan serius, orang akan anggap itu adalah main-main dan sebaliknya. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, cuba kita selidik dulu diri kita bagaimana orangnya, suka main-main atau seorang yang serius baru tiada salah faham yang berlaku.

Bagi pembaca yang mempunyai kawan atau rakan yang selalu main-main, jangan pandang semua benda yang diperkatakan atau yang dibuatnya secara main-main. Mungkin pandangan kita, ia adalah main-main sedangkan rakan kita bersungguh-sungguh atau lebih ringkas, SERIUS dalam perbuatannya itu. Jangan kita ambil sesuatu dengan pandangan pertama sahaja, cubalah berfikir dengan logik akal yang dikurniakan ALLAH untuk mentafsir perbuatan rakan kita sebelum kita jump to the conclusion terus. Cuba teliti betul-betul, dia main-main atau dia serius. Kadang-kadang, walaupun seseorang itu seorang yang suka main-main, tetapi ada juga waktu yang dia serius dalam hidupnya. Begitu juga sebaliknya.

Dek kerana pendeknya pemikiran kita, kita tersalah anggap akan perbuatan atau kata-kata rakan kita itu. Selepas itu, mulalah kita bercerita kepada orang lain sedangkan rakan kita bukanlah bermaksud seperti yang difahamkan oleh kita. Tapi, mungkin bukan silap kita juga bila berlaku sebegini. Rakan kita juga perlu lebih berhati-hati dengan setiap tindak-tanduknya kerana ia mungkin membawa seribu satu makna yang berbeza bagi setiap orang yang melihat dan mendengarnya. Oleh itu, tidak salah baginya untuk memberitahu sama ada itu adalah gurauan semata-mata atau serius kepada yang melihat mahupun mendengar bagi mengelakkan salah faham daripada berlaku.

P/s: Pesanan ikhlas kepada yang membaca serta yang menulis. Kadang-kadang terasa juga diri ini sentiasa silap dalam perbuatan.

Salam Sayang

6 orang berkata-kata:

al zahra said...

serius....

meorsoleh said...

senang cite, constant je...

lagipon, you reap what you sow kan? dah kalo kawan tu tgh beriye2 tanye ko, pastu ko main2, takpe la utk die nak anggap semua perbuatan ko pastu main2 kan??

manusia ni memang sama ade secara sedar atau tak sedar, akan menilai drpd first impression. Yang bezanye, sama ada dia nk suarakan, atau die diam je...

kesimpulannye, kita sendiri gak kene nilai org tu series ke tak? kalo series, jgn kite plak memain... hohoho :D

niktaufik said...

btul meor..i agree with u...

niktaufik said...

al-zahra: apa yang tiba-tiba serius nie? hihihihi....

kawan kamu said...

orang salu serius..dia pula main2..

al zahra said...

serius la dlm hal yg sepatutnya kena serius..btul la kan...(^_^)

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits