Days till our first baby


80- Marathon

بسم الله الرحمن الرحيم


Wah, ramai betul masuk marathon. Hampir 120 orang menyertai. Pelbagai warna pelbagai gaya pemakaian. Semua adalah untuk menjayakan program KSPCI '10. Semua gagah-gagah, kuat-kuat dan laju-laju. Target utama, sampai ke garisan penamat.

Hari ini memang betul-betul teruji kekuatan stamina dan kelajuan kaki masing-masing. Maka telah terbukti siapa paling laju dan paling berstamina. Hari ini, baru penulis tahu akan kekuatan diri sendiri yang sebenar, bagaikan tidak layak untuk menyertai marathon. Terasa rendah diri.

Inilah akibat kurangnya physical activity, a lot of nicotine intake and much more fat intake. Hilang stamina, hilang keupayaan diri untuk berlari seperti dahulu kala. Walaupun hampir dua minggu, free of nicotine, but the bad effects of it still present. Don't blame others, ask yourself what for you take it? Just get away from it. Hendak seribu daya, hendak atau tidak - MH TUAH ISKANDAR.

Lemak di badan makin lama makin bertambah. Empat tahun berada di bumi Anbiya ini, rasanya hampir 10kg berat badan bertambah. Manakan tidak, kalau asyik makan dan terpaku di hadapan komputer riba, dan kurangnya aktiviti yang mampu membakar lemak. Rasanya, selepas ini gaya hidup perlu diubah. Kurangkan aktiviti tidak sihat, dan banyakkan keluar berjalan-jalan ataupun berlari-lari anak pada setiap petang.

Abu pernah berkata, "Engkau tidak rasa bosan dengan kehidupan harian sebagai pelajar? Hari-hari pergi kelas jalan sama, makan tengah hari tempat sama, balik kelas, buat benda sama (main komputer riba). Apa kata kalau kita buat benda lain pula untuk hari-hari seterusnya."

Kata-kata abu itu amat benar, mungkin kerana kita mengamalkan sedentary life setiap hari, lama-kelamaan kita akan bosan. Jadi, untuk mengelakkan rasa bosan itu, mungkin kita boleh ubah jadual perjalanan seharian kita, pergi kelas kalau dahulu naik teksi atau tram, mungkin sekali sekala pergi jalan kaki. Selepas itu, kalau makan tengah hari pula, apa salahnya kalau hari Isnin dan Khamis, cuba puasa sunat. Untuk petang pula, kalau kebiasaannya asyik menghadap komputer riba, sekali-sekala keluar berjalan-jalan atau berlari-lari anak ataupun ziarah-menziarah rakan-rakan yang dekat. Mungkin kita tidak akan merasa bosan lagi selepas ini. (Hanyalah cadangan semata-mata. Kalau rasa mahu ikut, boleh ikut)

Ini adalah peta larian marathon.


Sekian.
Salam Sayang

5 orang berkata-kata:

meorsoleh said...

yang penting kerjasama. haha..

hanif hafiz said...

haha,xpe, smngat tu penting.

lemak boleh diternak, stamina boleh di train

benar kate abu.

khairi said...

satuju dengan Abu

niktaufik said...

abu y ditulis sy adalah bukan abu gonzalez... jgn slp faham ye...

syue said...

hoh..joging2~

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits