Days till our first baby


81- Cerpen: Dia

بسم الله الرحمن الرحيم


Dia termenung panjang di tepi tingkap. Melihat pokok kurma berhayun-hayun ditiup angin. Sesekali kelihatan burung-burung berterbangan. Riuh gelak tawa si anak muda bermain DOMINO turut kedengaran. Rumah Dia terletak berhampiran sebuah kedai menjual syai. Belakang rumah Dia terdapat satu tanah lapang yang terpacaknya sepohon kurma yang entah sudah berapa tahun umurnya.

Dia sekejap-sekejap melihat jam di dinding bilik. "Lagi 15 minit," detik hati Dia. Dia bangun dari kerusi, menapak ke bilik air. Selepas berwuduk, Dia hamparkan sejadah menunggu azan berkumandang. Selesai solat sunat dua rakaat, Dia mengenakan jubah putih pemberian Ashmawi yang dibeli dari Mekah semasa Ashmawi menunaikan ibadah umrah. Dia ingin sahaja keluar berkain pelekat seperti selalu dibuat Dia semasa di Malaysia,akan tetapi Dia tidak selesa apabila dilihat pelik oleh masyrakat Arab Mesir.

Setibanya Dia Masjid Abd El Rahman, bilal masih duduk bertasbih. "Sempat lagi untuk aku solat sunat ni." Dia mengangkat takbir memuji ke-Esaan Allah untuk menunaikan solat sunat tahiyatul masjid. Selesai memberi salam, bilal melaungkan lafaz iqamah. Dia segera bangun tanpa berdoa terlebih dahulu kerana Imam sudah menyuruh makmumnya untuk memenuhkan dan membetulkan saf.

Selesai solat zohor, Dia bangun untuk menunaikan solat sunat selepas zohor. Selesai solat, Dia terus berdoa.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda.
Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Agung lagi Maha Tahu,
Engkau Maha Tahu akan ikan di laut dan burung di langit,
Engkau Maha Tahu akan butiran pasir-pasir di gurun-gurun,
kepada-Mu aku berserah diri, kepada-Mu jua aku memohon Ya Allah.

Ya Allah, yang Maha Pengampun,
Kau ampunilah dosa-dosaku,
sesungguhnya aku tidak layak ke syurga-Mu,
malah aku tidak sanggup ke neraka-Mu
oleh itu, ampunilah dosa-dosaku,
sesunguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosaku.

Ya Allah, Engkau lindungilah ibu bapaku,
Engkau sayangilah mereka,
sepertimana mereka melindungi dan menyayangi ku.
Kau tempatkanlah mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman kepada-Mu.

Ya Allah, yang Maha Pemberi,
Kurniakanlah kepadaku kejayaan dunia dan kejayaan akhirat,
Kurniakanlah kepadaku kesihatan tubuh badan serta kecerdasan otak,
Kurniakanlah kepadaku kekuatan iman dalam hatiku dalam menghadapi seribu jenis dugaan Mu,
Sesungguhnya, hanya kepada-Mu ku layak memohon.

Ya Tuhanku, tunaikanlah permintaan ku ini,
sesungguhnya daku amatlah hina sekiranya aku meminta-minta selain dari-Mu.

Selesai berdoa, dia bangun mencapaikan senaskah al-Quran yang tersusun indah di rak-rak yang terletak di dinding masjid. Helaian demi helaian diselak Dia untuk mencari surah yang ingin dibacanya. Selepas selesai membaca beberapa muka surat, Dia menutup al-Quran itu dan terus sujud.

Dia pulang ke rumah dan terus masuk ke bilik. Kali ini, dia rasa lebih tenang berbanding awal tengah hari tadi. Dia ke tingkap bilik, kali ini bukan untuk termenung kosong seperti tadi yang dihabiskan masa selama empat jam, tapi kali ini, Dia melihat dan memuji akan ke-Esaan Allah yang mampu menciptakan langit tanpa tiang, pokok yang mampu hidup walaupun panas terik, burung yang kecil mampu terbang melawan tiupan angin yang kuat. Kali ini, Dia bersyukur kerana dengan dugaan dan ujian yang dihadapi Dia mampu membuat Dia lebih tabah dan lebih dekat dengan Sang Pencipta.

Kali ini, airmata yang keluar dari mata Dia adalah airmata keinsafan. Bukan seperti airmata yang keluar sejak pagi hingga tengah hari, airmata kecewa. Dia rasakan, Dia perlu nekad untuk tidak lagi ulangi apa yang telah berlaku. Dia sekarang sudah mampu untuk berfikir dengan lebih rasional.


Salam Sayang

6 orang berkata-kata:

meorsoleh said...

... like this.

al zahra said...

alhamdulillah....=) suke cerpen ni sgt2...

ibrahemazamanzain said...

ibrahemazaman likes this post!

niktaufik said...

nape ramai plak y like post nie..xde org nk kritik ker???

hanif hafiz said...

apada...xbes langsung..xde feel..
;p

niktaufik said...

lmbt la abu...igtkn ko y pertama komen...

huhuhu...sbuk stdy ker?
ke sbuk ngn wordpress?

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits