Days till our first baby


82- Usahlah kau...

بسم الله الرحمن الرحيم

Usahlah kau gusar memikirkannya,
kerana ia akan merumitkan lagi keadaan,
cubalah kembali kepada DIA yang SATU,
mintalah bantuan dan petunjuk dari-NYA,
moga kau lebih tenang dan selesa.

Usahlah kau gelisah bila mana ku berdiam diri,
aku tidak marahkan dikau,
malah tidak terlintas untuk membencimu,
aku diam kerana aku berfikir,
mencari redhaNYA dan mencari ilham dari-NYA.

Usahlah kau menangis dek kerana sikap mereka,
bersabarlah dengan mereka semua,
telanlah segala kepahitan itu,
kerana dirimu pasti akan rasa manisnya sabar,
yang lebih manis dari madu.

Usahlah kau gembira sekiranya kemenangan milikmu,
kerana belum pasti ia kekal selama-lamanya,
yang kekal hanyalah DIA sang PENCIPTA,
gembiralah dikau setelah berjaya mendapat cinta-NYA,
kerana itulah selayak-layaknya buatmu sang khalifah.

Usahlah kau risau jika aku jatuh sakit,
kerana sakitku adalah penebus segala dosaku,
menyucikan jiwaku yang penuh kekotoran hitam,
menambahkan keimanan dan keyakinanku kepada-NYA,
membantu diriku untuk membantu dirimu.

Usahlah kau berduka jika aku tinggalkanmu,
kerana DIA pasti ada bersamamu,
pergi aku pasti bersebab,
jika tidak sekarang, mungkin akan datang,
yang pasti kau akan tahu kenapa.



Salam Sayang

1 orang berkata-kata:

al zahra said...

i like it so much....(^_6)

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits