Days till our first baby


85- Perihal sampah

بسم الله الرحمن الرحيم

Exam tinggal lagi satu hari. Minggu ini, seminggu bergelumang dengan peperiksaan. Peperiksaan berkaitan dengan kanak-kanak, ibu dan sakit puan. Semasa menjawab soalan-soalan yang dapat, bagaikan tidak pernah belajar. Tapi itulah hakikat bila buat kerja di saat terakhir. Bila agaknya untuk berubah. Rasa kepala penuh dengan 'sampah'. Tiada satu pun berguna. Tiap kali periksa atau ujian, pasti rasa tidak tenang. Manakan tidak, kepala asyik dipenuhkan dengan 'sampah'.

Banyak kali sudah berusaha untuk membuang 'sampah-sampah' dalam kepala ini. Tapi, tiap kali cuba, tiap kali gagal. Kalau berjaya, mungkin hanya seberapa detik. 'Sampah-sampah' pasti penuh kembali dalam 'tong' ini. Pernah juga cuba untuk mengosongkan 'sampah-sarap', tapi lama-kelamaan, 'sampah' ini penuh kembali. Tiap kali buang, pasti penuh kembali.

Pernah satu ketika dulu, rasa putus asa untuk membuang 'sampah' itu. Kenapa mesti sampai begitu sekali? Kalau kerana diri sendiri yang selalu buat 'sampah' itu semua, tidak kisah untuk membuang. Tapi, kadang-kadang ada yang lain membuat 'sampah' tapi tidak dibuang malah disimpan untuk orang lain membuangnya. Kadang-kadang, sampai melimpah ruah. Malah termasuk ke dalam 'tong' orang lain.

Mungkin jijik bagi sesetengah orang untuk membuang 'sampah'. Kotorlah, busuklah. Tapi kalau difikirkan balik, makin disimpan 'sampah' itu, akan bertambah kotor dan busuk rasa. Kalau di dalam rumah kita, mungkin orang akan kata, rumah atau tempat pembuangan sampah sebegini rupa?

Tiap hari, sewaktu berjalan ke kuliah atau hospital, pasti akan melihat beberapa orang pakcik-pakcik dan abang-abang pekerja Veolea sedang menyapu dan menyedok sampah di tepi jalan, di kaki lima. Tiap kali tengok mereka, tiap kali hati ini berkata, 'Terima kasih pak cik, terima kasih abang, kalau bukan kerana abang dan pakcik, sudah pasti sampah akan bertimbun-timbun di tepi jalan. Moga usaha kamu dibalas Tuhan dengan setimpal.'

'Terima kasih pak cik, terima kasih abang, kalau bukan kerana abang dan pakcik, sudah pasti sampah akan bertimbun-timbun di tepi jalan. Moga usaha kamu dibalas Tuhan dengan setimpal.'


Pakcik dan abang yang bersungguh-sungguh menyapu dan membuang sampah di tepi jalan dan di kaki lima, tanpa rasa bosan dan tanpa rasa putus asa walaupun dia boleh sahaja melihat sampah itu bertaburan di kaki lima. Dek kerana tugasnya memastikan sampah itu dibuang ke tempat sepatutnya, dia sanggup bekerja keras walaupun setiap pagi itulah yang patut dibuatnya.

Kesedaran tiba-tiba wujud dalam diri bila teringatkan pakcik dan abang penyapu sampah ini. Sebagai hamba DIA yang ESA, kita tidak sepatutnya mudah putus asa untuk membersihkan kepala dan diri malah hati kita dari 'sampah' yang mengotori kita. Walaupun kadang-kadang, bukan kita yang mencari atau membuang 'sampah' yang mampu mengotori kita, tapi kita perlu berusaha untuk membersihkan diri dari 'sampah' ini tanpa disuruh dan diarah oleh orang lain.

P/S:Jom buang 'sampah' sama-sama. Jangan tunggu orang suruh baru nak buat. Kita kena ada kesedaran diri. Kita kena tahu tanggungjawab kita.

Salam Sayang

1 orang berkata-kata:

syue said...

jom2 buang smph ni...da nk final exam ni,uhhu..mybe sbb tue la payoh nk fokus study dop..uhu

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits