Days till our first baby


87- Cerpen: Antara dua darjat

بسم الله الرحمن الرحيم


Manusia sering bermonolog seorangan, "Aku hanyalah seorang petani, dia seorang cikgu. Mana mungkin aku layak untuk berkawan dengan dia. Kalau aku duduk di kedai kopi, sudah pasti aku akan malu bila bersama dengan dia. Dia bercakap penuh keazaman, penuh dengan kata-kata semangat. Rakan-rakan ku yang lain kelihatan gembira dengan kejayaan dia. Namun, aku rasa aku sangat hina untuk meneruskan persahabatan dengan dirinya. Maklumlah, aku hanya hidup dengan lumpur-lumpur sawah, dia hidup dengan suasana yang jauh berbeza dariku."

Dulu, aku dan dia seorang rakan yang sangat akrab. Setiap hari, aku dan dia sama-sama ke sekolah, sama-sama mandi sungai, sama-sama bermain bola. Dahulu,aku tidak pernah rasa seperti yang aku alami sekarang. Rasa hina untuk berkawan dengan dirinya.

Masih aku ingat, kali terakhir aku berjumpa dengannya adalah selepas tamat darjah 6. Aku ingat lagi janji kami, sama-sama akan menjadi guru di sekolah rendah di kampung ini. Selepas permergian dia dan keluarganya ke bandar kerana abangnya dapat berkerja di sana, aku jarang bertemu dengan dia. Dahulu, setiap kali hujung minggu, aku dan dia akan sama-sama ke sawah membantu keluarga masing-masing. Tanah milik bapanya bersebelahan dengan tanah milik arwah bapaku.

Selepas pemergiannya ke bandar kerana abangnya ingin keluarganya hidup di sana bersama-sama, hidup aku agak hambar. Aku tiada lagi teman untuk ke sekolah, bermain bola, mandi sungai serta kawan untuk menyiapkan kerja rumah bersama. Semasa di sekolah menengah, pembelajaranku memang merosot dari hari ke hari. Kerja rumah banyak yang tidak aku siapkan. Aku juga banyak ponteng sekolah.

Tamat tingkatan lima, keputusan SPM aku amat rendah, menyebabkan aku tidak dapat menyambungkan pembelajaran ke maktab perguruan. Selepas dua minggu keputusan SPM dikeluarkan, dia datang melawat aku di kampung. Dia kata dia diterima masuk ke maktab perguruan. Pada masa itu, aku berbohong kepada dia, aku mengatakan aku juga diterima masuk ke maktab. Tapi berlainan tempat dengannya. Aku malu untuk menyatakan yang benar kepadanya.

Selepas tamat pengajian di maktab, dia memilih untuk berkhidmat di kampung aku sebagai guru matapelajaran Matematik. Aku sangat gembira mendengar perkhabaran darinya. Tapi aku pasti, dia akan memarahi aku sekiranya dia mengatahui aku menipunya dulu. Namun, setelah mengetahui cerita sebenar, dia tidak marah kepadaku malah tidak berkata sepatah. Sejak dari hari itu, dia seperti mengasingkan diri dariku.

Aku mula berfikir, dia pasti sudah tidak mahu berkawan dengan aku lagi. Aku hanyalah seorang petani, dia seorang guru yang berjaya. Aku mula rasa hina bila tiap kali aku berjumpa dengan dia.

Satu hari, semasa pulang dari sawah, aku melihat orang ramai berkumpul di hadapan pintu pagar sekolah. Kelihatan sebuah kereta terbabas ke dalam longkang. Aku cuba untuk mengetahui apa yang berlaku, aku berlari ke kumpulan itu. Aku melihat sekujur tubuh, terbaring di bahu jalan dengan darah membasahi bajunya. Aku cuba untuk melihat dengan lebih dekat, aku melihat seorang lelaki,persis sahabatku yang juga guru di sekolah rendah di kampung aku.

"Oh tidak, ini bukan dia." aku cuba menipu diriku. Kelihatan seorang anak kecil menangis di sebelahnya. "Itu anak aku!" Jeritku.

Setelah mengetahui cerita di sebalik kejadian itu, aku rasa amat sedih. Dia mengorbankan dirinya semata-mata untuk menyelamatkan anak aku, anak seorang petani.

Malam itu, aku dengan rasa sedih dan malu pergi menziarahi keluarga dia. Isteri dia ada memberikan sepucuk surat kepada aku. Surat itu ditulis oleh dia sejak dari hari dia mula bekerja. Selepas dia mengatahui aku menipunya.

"Aman, aku tahu kenapa kau menipu aku tempoh hari. Aku memang marahkan kau pada hari itu, tapi aku tidak sanggup untuk memarahi teman baik aku sendiri. Walaupun kau menipu aku, walaupun aku seorang guru dan kau seorang petani, tapi kita tetap bersahabat baik sehingga mati. Aku telah memaafkan kau. Tapi aku hanya mahukan kau menjadi teman aku sehidup semati. Aku menunggu kau memohon maaf dari kesilapan yang kau lakukan Aman. Aku akan menunggu selama-lamanya."
yang ikhlas,
sahabat baikmu





Salam Sayang

0 orang berkata-kata:

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits